seismik

Akibat Diabai Suami, Seorang Ustazah Tegar Bunuh Diri Kerana Terlalu Tertekan

Arwah telah meninggalkan 6 orang anak.

Cover image via Google

Kemurungan atau depression merupakan suatu masalah mental yang memberi kesan amat negatif ke atas tingkah laku, perasaan dan pemikiran seseorang itu

Image via Huffington Post

Adalah dibuktikan secara saintifik bahawa wanita dikatakan lebih terdedah kepada masalah kemurungan atau tertekan melampau berbanding lelaki oleh kerana perubahan hormon badan yang jauh lebih ketara.

Kemurungan selepas kehamilan, akil baligh dan menopaus, mengakibatkan berlakunya ketidakseimbangan dan perubahan hormon dalam tubuh sekali gus menyebabkan pendedahan kepada kemurungan lebih ketara berbanding lelaki. 

Namun begitu, walaupun kemurungan itu berkait rapat dengan perubahan hormon dalam badan, namun ia bukanlah penyebab tunggal kepada masalah tersebut.

Image via Bukan Aku

Faktor lain turut memberi kesan kepada mental dan jiwa seseorang wanita itu. Pengurusan stres memainkan peranan penting dalam memastikan wanita tidak dilanda kemurungan. Berbanding zaman dahulu, wanita kini jauh lebih terdedah kepada tekanan kehidupan.

Manakan tidak, wanita sekarang perlu memainkan peranan menjangkau jauh dari ketetapan tradisi masyarakat. Wanita bukan sahaja masih perlu memainkan peranan tradisi sebagai seorang isteri, ibu dan pengurus rumah tangga bahkan mereka juga perlu memikul tanggungjawab dalam mencari rezeki membantu perbelanjaan isi rumah. 

Image via Google

Tekanan kerja digandingkan pula dengan masalah dan cabaran di rumah dalam menguruskan hal ehwal anak serta perhubungan dengan suami membuatkan seseorang wanita itu terdedah dengan keadaan stress yang melampau.

Stigma negatif masyarakat terhadap masalah kemurungan membuatkan ramai yang bergelut lebih pilih untuk berdiam diri dan tidak meminta bantuan membuatkan ia bercambah kepada gejala yang semakin serius

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter @FadzilahMamat telah berkongsikan tentang seorang ustazah yang mengalami kemurungan melampau sehingga tanpa sedar telah meragut nyawanya sendiri.

Baca perkongsiannya di bawah:

Setelah meninggal dunia, beberapa persoalan mulalah terungkai

Suami arwah merupakan seorang ustaz

Penulis turut berkongsi beberapa nasihat daripada ceritanya itu

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kita jangan terlalu kaitkan Islam dengan depression

Para suami, fahamilah isteri anda

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: