Nikmati 4 Faedah Peranti HUAWEI Baru Serta Download Aplikasi Dengan Cepat, Mudah & Selamat
Jom bertukar kepada peranti HUAWEI sekarang!
Anda pastinya suka kalau dapat panduan atau tips untuk sesuatu perkara yang baru kan?
Kali ini kami nak kongsikan panduan untuk anda yang sedang menggunakan atau ingin menggunakan peranti daripada HUAWEI.
Ada 4 perkara penting yang perlu anda take note dan ia dijamin dapat memberikan pengalaman paling awesome bila anda menggunakan mana-mana peranti HUAWEI.
Pelbagai kelebihan bila anda menggunakan peranti HUAWEI
Selain dapat merasai pengalaman menggunakan peranti yang hebat, pengguna HUAWEI juga akan menikmati banyak faedah yang best tau. Antaranya ialah :
1. Percuma ruang penstoran
Anda dapat ruang penstoran bersaiz 50GB, 200GB atau sehingga 2,048GB* di HUAWEI Cloud selama sebulan. Ianya percuma untuk anda antara 1 Julai sehingga 31 Disember 2020*. Anda boleh menebus hanya dengan beberapa langkah mudah ini.
- LANGKAH 1 : Pilih ‘Upgrade Storage’
- LANGKAH 2 : Pilih saiz penstoran yang korang nak (50GB/200GB/2,048GB)
- LANGKAH 3 : Klik ‘Buy’ > pilih ‘Next’
- LANGKAH 4 : Pilih ‘Add bank card’, masukkan butiran kad bank korang
- LANGKAH 5 : Klik ‘Confirm’ dan ruang penstoran HUAWEI Cloud korang dah pun ditingkatkan
2. Keahlian VIP eksklusif di platform penstriman video
Sebagai pengguna HUAWEI, anda juga dapat menikmati keahlian VIP eksklusif di TVB, Mango TV, VIU dan Dimsum. Semua ini percuma untuk 3 bulan* tau!
3. Belajar perkara baru melalui video dengan mereka yang pakar
Anda juga dapat belajar melalui 300 video pendidikan secara percuma di HUAWEI Academy. Video-video ini menampilkan 22 pakar terlatih dan berpengalaman seperti ah Goh Liu Ying, Peter Davis, Sangeeta, dan Syed Adney dalam bidang masing-masing.
Ini bertujuan untuk membantu penonton mengembangkan, mempertajam dan menguasai kemampuan anda dalam pelbagai bidang. Antaranya akademik, seni mempertahankan diri, futsal dan berbasikal.
4. Pelbagai ganjaran dan hadiah eksklusif dengan HUAWEI AppGallery
HUAWEI AppGallery bukan saja mempunyai banyak aplikasi kesukaan rakyat Malaysia, tapi ia juga selamat, senang dan senang digunakan. Paling syok, anda yang menggunakannya dapat menikmati pelbagai hadiah eksklusif.
Antara ganjaran terkini ialah cashback melalui aplikasi Penang Smart Parking. 10,000 pengguna pertama yang memuat turun aplikasi ini berhak menebus wang tunai RM5*. Cara nak tebus pun mudah sahaja guys!
- Langkah 1: Muat turun aplikasi Penang Smart Parking melalui Petal Search Widget
- Langkah 2: Kemudian, pergi ke HUAWEI AppGallery dan pilih Gifts
- Langkah 3: Pilih Claim kemudian Copy kod
- Langkah 4: Buka aplikasi Penang Smart Parking, pilih Reload > Redeem Voucher
- Langkah 5: Paste kod dan klik OK
- Untuk maklumat lanjut tentang HUAWEI AppGallery, anda boleh klik di sini.
Kami juga ada tips untuk anda!
Bagi meningkatkan lagi pengalaman dalam menggunakan peranti daripada HUAWEI, apa kata anda cuba 3 panduan awesome ini.
Tip 1: Muat turun aplikasi kegemaran anda dengan lebih cepat, selamat & mudah
Ada cara yang lebih pantas, lebih selamat dan lebih mudah untuk memuat turun aplikasi yang anda mahukan pada peranti mudah alih HUAWEI anda. Hanya ikut 3 langkah mudah ini sahaja!
- Langkah 1 : Buka aplikasi Petal Search
- Langkah 2 : Cari aplikasi yang anda mahu
- Langkah 3 : Muat turun aplikasi tersebut
Anda juga boleh mencari aplikasi yang diingini tanpa perlu membuka aplikasi Petal Search pun.
Cukup sekadar anda install Petal Search Widget ke layar utama peranti, klik ‘GO’ pada aplikasi yang anda nak dan walla! Dengan satu tap sahaja anda dah boleh guna aplikasi yang diingini.
Selain itu, anda juga boleh update aplikasi anda dengan mudah melalui Petal Search Widget. Hanya buka Petal Search Widget, pilih ‘ME’ pada bahagian bawah kanan. Klik ‘Downloads’ dan pilih ‘Updates’ kemudian pilih aplikasi yang anda nak kemaskini. Senang kan?
Tip 2: Mengalih permainan online dengan ID Google ke peranti baru HUAWEI anda
Anda seorang gamers? Risau kalau bertukar ke peranti HUAWEI, history game yang anda main akan hilang? Jangan khuatir, sebab anda boleh sahaja log masuk ke akaun game di telefon baru tanpa menjejaskan perkembangan game anda.
Apa yang anda kena lakukan ialah sambungkan akaun Facebook atau akaun rasmi game anda ke telefon lama. Kemudian, muat naik game tersebut pada telefon baru dan log masuk menggunakan ID Facebook atau akaun rasmi game anda.
Anda boleh teruskan bermain game dengan telefon baru dari mana anda berhenti tanpa ketinggalan apa-apa pun!
Tip 3: Back up & pindahkan data daripada Whatsapp atau WeChat ke peranti baru HUAWEI
Bila tukar phone baru, benda yang paling ditakuti semestinya kehilangan pesanan pada aplikasi perbualan seperti WhatsApp atau WeChat. Akan tetapi dengan HUAWEI, anda tak perlu risau lagi! Yang penting, anda ikut langkah ini dan kami jamin semua maklumat anda selamat semasa bertukar ke peranti baru HUAWEI.
- Langkah 1: Pada peranti lama anda, pilih Setting > HUAWEI Account > Cloud
- Langkah 2: Kemudian pilih Cloud Backup > Backup Options > App Data
- Langkah 3: Dalam App Data, berikan akses kepada WhatsApp atau WeChat
- Langkah 4: Pergi semula ke Cloud Backup dan pilih Backup
- Langkah 5: Tunggu sehingga backup anda selesai
- Langkah 6: Pada telefon pintar baru, pilih ‘Setting > HUAWEI Account > Cloud
- Langkah 7: Kemudian, buka Cloud Backup dan pilih Restore Data
- Langkah 8: Periksa rekod anda dan pilih Restore Data
- Langkah 9: Pilih App Data > pilih WhatsApp/WeChat > klik OK
- Langkah 10: Pilih restore pada kotak pemberitahuan dan tunggu sehingga selesai
Jom bertukar kepada peranti HUAWEI sekarang!
Dapatkan segera peranti HUAWEI pilihan hati anda. Anda boleh dapatkan secara dalam talian di HUAWEI Store dan lihat sendiri tawaran terbaru daripada HUAWEI.
Nikmati juga Best Pair 5G Device pada harga hanya RM22.73/hari tertakluk kepada terma dan syarat.
Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.