Nikmati Night Safari Zoo Melaka Dengan Tiket Promosi Pada Harga RM10 Sahaja!
Boleh bawa anak-anak!
Cover image via Zoo MelakaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pengunjung berpeluang meneroka Zoo Melaka pada waktu malam susulan kembalinya Night Safari pada 1 Ogos, Sabtu ini
Menerusi hantaran di media sosial zoo tersebut, pembukaan ini adalah sebahagian daripada program 'Bila Larut Malam', yang berlangsung pada Sabtu pertama setiap bulan.
Night Safari membolehkan pengunjung menikmati zoo dalam suhu yang lebih sejuk sambil memerhati haiwan nokturnal di waktu paling aktif mereka.
Ia akan berlangsung dari 8 malam hingga 11 malam, dengan kaunter tiket ditutup pada 10.30 malam.

Bayaran masuk adalah RM10 seorang untuk warganegara Malaysia
Jadi, pengunjung yang mahu mendapatkan harga ini dikehendaki menunjukkan MyKad atau MyKid untuk menikmati kadar istimewa.
Promosi ini terhad kepada 1,200 pengunjung, jadi mereka yang merancang untuk hadir digalakkan untuk tiba lebih awal.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri Melaka, pengunjung yang hadir dengan pakaian tradisional etnik Melaka yang lengkap juga akan menikmati kemasukan percuma ke Night Safari.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Zoo Melaka di SINI.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


