Nishan Velupillay Jadi Pemain Warisan Malaysia Pertama Beraksi Di Piala Dunia

Tak sangka :O

Enlarge text
Cover ImageCover image via Socceroos & Reuters

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nishan Velupillay menjadi pemain warisan pertama berketurunan Malaysia beraksi di Piala Dunia

Mewakili Australia, pemain sayap berusia 25 tahun kelahiran Melbourne itu mencipta sejarah tersebut semasa dibawa masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-61 dalam perlawanan yang mencatatkan kemenangan 2-0 Australia ke atas Turkiye.

Menerusi laporan Berita Harian, Nishan memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi bapanya, Sasinath Velupillay, seorang rakyat Malaysia berketurunan Tamil Sri Lanka, manakala ibunya, Gillian Velupillay, berketurunan Anglo-India.

Bakat Nishan dikesan menerusi program pembangunan remaja di kelab Melbourne Victory sebelum berjaya menembusi skuad utama di samping muncul sebagai penjaring terbanyak kelab berkenaan bagi musim 2024-2025.

SAYS.com
Image via ABC

Penampilan antarabangsa pertama bersama Socceroos ketika aksi kelayakan Piala Dunia menentang China pada Oktober 2024

Nishan melakukan impak serta-merta dalam perlawanan terbabit apabila meledak gol debut seawal tujuh minit selepas dimasukkan sebagai pemain gantian, membantu Australia mencatatkan kemenangan 3-1.

Dia terus membuktikan kredibilitinya dan membalas kepercayaan pengendali Australia, Tony Popovic, selepas berjaya meledak tiga gol dalam tujuh penampilan antarabangsa pertamanya sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia.

Difahamkan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pernah berhubung dengan pihak Nishan beberapa tahun lalu untuk berbincang potensi mewakili skuad negara namun penyerang itu memilih untuk mewakili Australia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: