NKVE Alami Lencongan Trafik Selama Enam Bulan, Pengguna Dinasihat Rancang Perjalanan

Difahamkan, lencongan itu bermula 14 Ogos 20206 hingga 9 Februari 2027.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & FMT

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengguna Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) yang melalui laluan Damansara-Shah Alam perlu bersedia dengan lencongan trafik yang akan dilaksanakan selama enam bulan

Menurut laporan Berita Harian, lencongan melibatkan laluan di KM13.60 hingga KM14.35 bagi kedua-dua arah, bermula 14 Ogos 2026 hingga 9 Februari 2027.

Menurut PLUS Malaysia Bhd (PLUS), lencongan itu dibuat bagi memberi laluan kepada pembinaan jejantas pejalan kaki merentasi lebuh raya serta kerja penyelenggaraan oleh Pinnacle Homes AD Sdn Bhd (PHADSB).

SAYS.com
Image via Berita Harian

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda trafik dan arahan petugas PLUS bagi memastikan perjalanan lebih lancar dan selamat

PLUS turut menggalakkan pengguna merancang perjalanan lebih awal serta mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi aplikasi PLUS, media sosial rasmi termasuk X @plustrafik dan paparan mesej elektronik (VMS) di lokasi terpilih.

Sekiranya berlaku kecemasan, pengguna boleh menghubungi PLUSLine di 1-800-88-0000 untuk mendapatkan bantuan.

PLUS turut memohon kerjasama dan kesabaran semua pengguna sepanjang tempoh kerja berkenaan.

SAYS.com
Image via FMT

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik