seismik

Status 'No Raya On This Year...Work Until Die' Jadi Kenyataan Buat Pemuda Ini

Beliau tinggal seorang diri di rumah sewanya sebelum ditemui mati di dalam bilik dalam keadaan sedang tidur.

Cover image via www.blogammar.com

Ajal maut di tangan Tuhan. Kita sebagai manusia tidak akan tahu bila, di mana, dan bagaimana kita akan mati, malah tidak akan terlepas daripada kematian.

Namun begitu, dalam satu kes kematian seorang lelaki yang dilapor pada Hari Raya ketiga (19 Julai 2015), mangsa seolah-olah sudah tahu bahawa ajalnya bakal kunjung tiba dalam masa terdekat

Siapa sangka status 'No Raya on this year. Work until die' merupakan yang terakhir bagi Farid Smile sebelum beliau pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya

Status WhatsApp Farid sebelum meninggal dunia.

Image via www.blogammar.com

Farid yang tidak dapat balik beraya kerana terpaksa bekerja ditemui mati di dalam bilik rumah sewanya di Selangor. Ketika itu, dia hanya tinggal seorang diri kerana semua rakan serumahnya telah pulang ke kampung.

Rumah bujang Farid bersama rakan-rakan.

Image via www.blogammar.com

Difahamkan, Farid tidak dapat dihubungi sejak Hari Raya pertama sehingga memaksa ahli keluarganya membuat laporan polis.

Ikuti kisah selanjutnya yang dikongsi oleh rakan serumahnya, Dato Ammar Yasir melalui www.blogammar.com di bawah:

Ammar (tengah) berkongsi satu foto kenangan bersama Farid (kanan).

Image via www.blogammar.com

“Kemungkinan mayat sudah 3-4 hari meninggal dunia”, itulah kata-kata dari seorang Sarjan Balai Polis Serdang, Selangor yang membuatkan aku sebak.

Tragedi ini mengejutkan aku dan semua rakan-rakan rumah bujang aku. Dalam perjalanan dari Dungun ke Kuala Lumpur aku mendapat panggilan telefon dari seorang rakan serumah bujang iaitu Herman yang bertanyakan mengenai Farid yang tidak dapat dihubungi sejak malam raya pertama sehingga semalam (19/7/2015).

Report polis telah dibuat oleh ahli keluarga Farid. Sesampai aku di hentian Gambang aku menerima sms dari Herman yang mengatakan rakan sekerjanya telah pergi ke rumah sewa dan memanggil tetapi tiada sesiapa yang menjawab.

Paling mengejutkan apabila ada bau busuk dari rumah sewa itu. Mujurlah bilik Farid berada paling hadapan rumah lalu rakan sekerja Herman membuka tingkap bilik dan melihat sebujur mayat di atas tilam.

Lalu rakan sekerja Herman membuat report polis dan polis memecah pintu rumah untuk melihat keadaan sahabatku, Farid yang telah beberapa hari meninggal dunia. Mayat telah dibawa ke unit forensik Hospital Serdang dan kini masih menunggu laporan bedah siasat. Insyaallah jenazah akan dikebumikan hari ini.

Untuk pengetahuan semua, Farid tidak dapat balik beraya kerana terpaksa bekerja pada hari raya. Semua rakan serumah telah balik beraya dan dia hanya tinggal seorang diri di rumah bujang.

Mayat Farid ditemui setelah tidak dapat dihubungi untuk beberapa hari.

Image via www.blogammar.com

Tidak disangka-sangka tragedi ini berlaku di rumah bujang aku. Masih teringat kali terakhir arwah Farid berjasa kepada aku membelikan panadol saat aku demam panas.

Dialah sahabatku yang sangat baik. Dia rakan serumah, dia rakan sekelas, dia rakan seasrama, dia rakan sebelajar dan rakan semasa susah dan senang. Semoga rohnya tenang di sana. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Pergimu tiada pengganti. Kau sahabat dunia dan akhirat. Coretan ikhlas dari sahabatmu, Ammar.

Lebih memilukan, 4 digit terakhir pada nombor telefon Farid seakan-akan memberi bayangan mengenai tarikh pemergiannya iaitu pada 17 Julai

0717 adalah 4 digit terakhir pada nombor telefon Farid.

Image via www.blogammar.com

“No raya on this year…work until die”

Farid seakan-akan tahu akan meninggal dunia. Sungguh mengejutkan! Kemungkinan dia meninggal dunia pada malam raya. Mungkin meninggal dunia semasa tidur, berdasarkan keadaannya yang baring di atas tilam siap berselimut.

Digit terakhir nombor telefon Farid 0717. Seakan satu kebetulan dengan tarikh kematiannya 17/07/2015.

Laporan bedah siasat menunjukkan Farid meninggal dalam keadaan normal. Jenazah telah dibawa ke rumah bapa saudaranya di Puchong untuk urusan mandi dan kafan.

Ini pula gambar kenangan Farid bersama ahli keluarga yang dijadikan sebagai cover photo beliau di Facebook

Gambar kenangan Farid bersama ahli keluarga yang terabadi sebagai cover photo di FB miliknya.

Image via Facebook Farid Smile

Salam takziah buat ahli keluarga Farid yang baru saja kehilangan satu permata yang sangat berharga. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Lagi kisah pilu di SAYS:

You may be interested in: