NONGSHIM Sasar Generasi Muda, Malaysia Jadi Pasaran Strategik Pertumbuhan Jangka Panjang
Komitmen itu dibuktikan menerusi pelaburan ke atas generasi pengguna muda di negara ini.
Cover image via NONGSHIM MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
NONGSHIM, pengeluar jenama mi segera nombor satu Korea iaitu SHIN Ramyun, percaya bahawa Malaysia merupakan pasaran strategik bagi pertumbuhan jangka panjang sebagai peneraju perniagaan global syarikat berkenaan
Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Presiden NONGSHIM, Antonio Jo, berkata komitmen itu dibuktikan menerusi pelaburan ke atas generasi pengguna muda di negara ini dengan menawarkan makanan Korea yang asli, premium, dan dijamin Halal, di samping kekal menghormati budaya tempatan.
Menurut beliau, sebagai jenama ramyun ikonik Korea, pihak syarikat perlu berhubung rapat dengan golongan muda yang berada dalam era digital pantas, sentiasa terhubung dengan internet, serta mendambakan kebebasan digital dan gaya hidup tanpa sempadan.
Sehubungan itu, NONGSHIM kini memperkukuh komitmennya di Malaysia menerusi salah satu platform hiburan paling popular di negara ini, iaitu program realiti Big Stage Rocketfuel.
"Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat membina hubungan emosi yang lebih dekat dengan generasi anak muda Malaysia yang akan datang bagi melangkaui strategi baharu dalam pengiklanan dengan mencipta pengalaman pengguna yang bermakna.
"Selain itu, Malaysia mewakili salah satu pasaran paling menarik di Asia Tenggara buat syarikat, di mana pengguna menghargai makanan asli Korea sambil mengutamakan kualiti dan jaminan Halal," katanya.

Duta NONGSHIM Malaysia, Khai Bahar dan Wany Hasrita.
Image via NONGSHIM MalaysiaNONGSHIM kini beralih kepada penciptaan pengalaman baharu yang tidak dapat dilupakan
Antonio menambah, berbanding pengiklanan tradisional, NONGSHIM kini beralih kepada penciptaan pengalaman baharu yang tidak dapat dilupakan melalui hiburan, kandungan digital, kerjasama pempengaruh, serta penglibatan pengguna bagi membina daya tarikan jenama yang berkekalan.
Jelas beliau, anak muda Malaysia hari ini terhubung secara global dan menikmati kandungan berkaitan makanan, di samping mengharapkan jenama yang menawarkan keaslian rasa Korea, ketelusan, serta keterjaminan Halal. Seiring peningkatan popularitinya di peringkat global, NONGSHIM akan terus mengembangkan rangkaian produknya menerusi perisa inovatif bagi memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah.
Dalam pada itu, pengedar utama produk makanan NONGSHIM di Malaysia, GBA Corporation Sdn Bhd, memerhatikan bahawa pengguna era ini lebih cenderung memilih untuk merasai pengalaman asli dan menyokong jenama yang memahami gaya hidup mereka.
Pengurus Komersial GBA Corporation, Foo Siew Kheng, berkata pengenalan NONGSHIM menerusi program Big Stage Rocketfuel membolehkan jenama tersebut mendekati generasi muda menerusi pendekatan yang lebih relevan, menarik dan bermakna.
Beliau menegaskan bahawa hubungan yang dibina menerusi saluran budaya, hiburan dan muzik berupaya mencipta pengalaman bermakna serta mendekatkan jenama berkenaan kepada pelbagai lapisan masyarakat di negara ini.

Pengurus Komersial GBA Corporation Sdn Bhd, Foo Siew Kheng
Image via NONGSHIM MalaysiaLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


