"Nurul Patut Bangga Ada Anak Macam Sofea Yang Ada Sifat Menentang Kezaliman" - Lokman Adam
"Jangan jadi macam Mahathir," kata Lokman Adam.
Semalam, laman sosial heboh dengan video cucu kepada Datuk Seri Zahid Hamidi yang dilihat memberi sokongan padu kepada datuknya itu
Dalam klip video tersebut, Sofea, yang berusia 9 tahun memberitahu pihak lawan datuknya bahawa mereka akan menyesali hidup mereka dan dia akan memastikan hidup mereka tidak akan aman.
Video tersebut yang telah viral menerusi Instagram ibunya, Nurul Zahid membuatkan ramai masyarakat naik 'berang' dan mula mengkritik perbuatan kanak-kanak itu.
Di sebalik kritikan, ada juga yang menyokong.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Lokman Adam meluahkan rasa kagumnya terhadap Sofea yang berani dan penuh keyakinan diri.
Lokman Adam menerusi Instagram mengucapkan tahniah kepada Nurul Zahid kerana telah berjaya mendidik Sofea menjadi seorang yang berani menentang kezaliman, sama seperti ibu dan datuknya.
Sementara itu, Lokman turut menyelitkan kritikan terhadap Tun Mahathir yang dianggapnya gagal dalam mendidik anak. Lokman menyifatkan Tun Mahathir gagal melentur anaknya, Marina yang kini menjadi pejuang LGBT, kebebasan murtad, kesamarataan semua kaum, dan pelbagai kerosakan lain.
Baca tulisan penuh Lokman Adam di bawah:
Pertamanya, saya nak ucap tahniah kat Kak Long, kerana berjaya didik anak beliau, Sofea menjadi seorang yang penuh keyakinan diri dan mempunyai sifat menentang kezaliman seperti ibu dan datuknya.
Biasalah kalau budak-budak bercakap, mestilah ada silap sana sini sikit, itulah sebahagian proses pembelajaran. Jangan takut untuk silap cakap di usia muda, InsyaAllah ada masa nak betulkan apa yang silap. Kak Long @nurulzahid dan abah @ahmadzahidhamidi patut bangga ada anak dan cucu macam Sofea, anak yang berjaya dilentur untuk menjiwai perjuangan kita.
Jangan jadi macam Mahathir, dah 93 tahun baru nak buat silap. Habis rakyat dikencingnya. Janji macam-macam langsung tak ditunaikan. Malangnya, Mahathir gagal melentur anaknya, Marina yang menjadi pejuang LGBT, Kebebasan Murtad, Kesamarataan semua kaum dan pelbagai kerosakan lain.
Lebih menyedihkan, sudahlah Mahathir gagal membentuk Marina dan cucu-cucu LGBT dan kaki enjoy yang suka menayang kemewahan ayah dan datuknya. Mahathir pula kini terpengaruh dengan perjuangan Marina yang menjuarai fahaman liberal.
Terbaru, Nurul Zahid pada pagi tadi turut memuat naik sekeping gambar beliau bersama Sofea di Instagram dengan caption berbaur 'kemenangan'
Dengan mentertawakan kami, mereka sebenarnya tertawa pada diri mereka sendiri. Mereka menyedari bagaimana perkataan seorang gadis berusia 9 tahun dapat memberikan impak kepada negaranya.
Anda memenangi pertempuran dengan mengetahui masa musuh, dan menggunakan waktu yang musuh tidak jangkakan.