Siapa Sangka Bento "Home Delivery" Yang Sangat Comel Ini Hasil Kreativiti Anak Sabah
Makanan yang dijual di Nyaaan-Bento sangat comel, kalau tempah pasti rasa sayang nak makan.
Cuba kamu lihat nasi yang dihias menjadi bento ini. Comel kan?
Sekali imbas, tentu ramai menjangkakan produk makanan ini datang dari Jepun. Tapi sebenarnya, ini adalah produk makanan home made with delivery dari Negeri Di Bawah Bayu, Sabah.
Diberi nama Nyaaan-Bento, ia merupakan sebuah perniagaan kecil yang diusahakan oleh seorang gadis yang bernama Nurfaizah Hanum Mohd Yunus atau lebih dikenali sebagai Fizzie. Lokasi perniagaannya adalah di Kota Kinabalu, Sabah.
Perniagaan Nyaaan-Bento ini masih baru dan telah mula beroperasi di laman sosial sejak Mei lalu. Faizah memilih konsep bento kawaii kerana minat yang mendalam terhadap kecomelan budaya Jepun.
Menurut Fizzie, proses menghasilkan bento bermula dengan membuat nasi sekali dengan hiasan
Kemudian lauk akan dibuat mengikut pesanan dari pelanggan. Bento kemudian akan di*touch up* dengan lebih teratur supaya nampak lebih kemas dan lebih comel. Apabila selesai, barulah Fizzie membuat penghantaran.
Penghantaran Nyaaan-Bento ada dalam ada dua sesi. Sesi pertama bermula 11 pagi hingga 2 petang manakala sesi kedua bermula dari pukul 3 hingga 6 petang. Kebiasaannya dalam satu set bento terdapat nasi dan lauk yang bergantung kepada permintaan. Manakala untuk hiasan pula, Fizzie lazimnya menggunakan rumpai laut kering (Nori) dan sayur-sayuran.
Extra Special Bento memakan masa selama kira-kira 30 minit hingga satu jam lebih hanya untuk menghasilakn seni nori (rumpai laut) yang menarik. Lihat saja pada hasilnya yang sungguh menakjubkan di bawah.
Bukan setakat menyajikan hiasan makanan yang comel, malah packaging produk ini juga menarik, kemas, bersih, dan profesional
Antara set makanan yang dijual oleh Nyaaan-Bento adalah nasi ayam butter, nasi keju bakar, nasi telur dadar, dan pelbagai jenis sandwich. Paling penting, harga kesemua makanan ini amat berpatutan.
Satu lagi kelebihan Nyaaan-Bento ialah cara mereka mempromosikan produk di laman sosial. Gambar-gambar yang dipaparkan semuanya nampak begitu berkualiti dan mampu meningkatkan selera.
Jadi, kepada mereka yang menetap di sekitar Kota Kinabalu, bolehlah cuba makanan dari Nyaaan-Bento ini. Mesti puas hati!
Caranya mudah saja, anda hanya perlu membuat pesanan sehari sebelum dengan membuat panggilan telefon atau WhatsApp ke nombor 0146723351.
Cas penghantaran sebanyak RM3 akan dikenakan, tetapi tempahan tiada had minimum. Bagi mereka yang ingin mengambil sendiri makanan itu, tiada sebarang cas akan dikenakan. Walau bagaimanapun, buat masa ini Nyaaan-Bento cuma beroperasi sekitar Putatan dan Kota Kinabalu sahaja.
Anda juga boleh melayari laman sosial Nyaaan-Bento di bawah:
Facebook: Nyaaancafe
Twitter: @Nyaaancafe
Instagram: @Nyaaancafe
Selamat maju jaya diucapkan kepada Nyaaan-Bento. Semoga terus berjaya menghasilkan karya makanan yang comel, berkhasiat, dan disukai ramai. Agaknya bila nak sampai KL? Sebab kami nak cuba! :D