Ombak KLCC Bakal Dibuka, Bakal Himpunkan Lebih 60 Jenama Popular Dalam Satu Lokasi
Cantiknya building dia, memang level international!
Cover image via The Smart LocalFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kalau anda selalu berulang-alik ke kawasan KLCC, ada satu lagi destinasi baharu yang boleh dimasukkan dalam senarai tempat untuk diterokai
Pusat beli-belah dan ruang gaya hidup baharu, Ombak KLCC, dijadualkan dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 21 Ogos ini.
Terletak di presint KLCC berhampiran Stesen MRT Persiaran KLCC, kompleks enam tingkat yang dibangunkan oleh KLCC Property Holdings itu menawarkan gabungan kedai, restoran, kafe serta ruang hiburan.

Berdasarkan laman web rasminya, lebih 60 jenama disenaraikan sebagai penyewa di Ombak KLCC
Antaranya ialah 7-Eleven, Alpro Sugi, Ariani, ASICS Run KL, CAMP5, Fipper, Garmin, MBG Fruit Shop, Nintendo, Samsung, Xiaomi dan ZEISS.
Bagi peminat permainan serta budaya pop pula, terdapat Pokémon Center Pop-Up Store, selain U Mobile Experiential Gallery dan Galeri Petronas.
Pilihan makanan juga agak pelbagai dengan kehadiran nama seperti Afloat Coffee Roaster, Minamo Ramen, Inside Scoop, Kenangan Coffee, Oriental Kopi, SANG Seafood, Subway, ZUS Coffee, Rotiboy dan JomAmigo Steamboat.

Malah, pengunjung yang mencari makanan Asia Tenggara dan kepulauan Pasifik turut boleh mencuba beberapa pilihan yang ditawarkan di pusat beli-belah berkenaan.
Selain membeli-belah dan menjamu selera, Ombak KLCC turut mengetengahkan konsep ruang gaya hidup dengan pelbagai perkhidmatan seperti salon, barbershop, farmasi, studio serta kemudahan kecergasan.
Pusat beli-belah ini akan beroperasi setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.
Jadi, kalau anda berada di sekitar KLCC mulai 21 Ogos nanti, Ombak KLCC boleh jadi satu lagi lokasi baharu untuk makan, bersantai atau sekadar jalan-jalan hujung minggu!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


