OMODA & JAECOO Malaysia Meriahkan Oh My Meow!, Bawa Pengalaman Mesra Haiwan Peliharaan
Pencinta haiwan peliharaan wajib singgah ke OH MY MEOW! Selain pelbagai aktiviti menarik untuk si bulus, pengunjung juga boleh melihat lebih dekat JAECOO J5 EV yang bakal dilancarkan pada Ogos 2026.
Cover image via JAECOOFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh JAECOO.
Bagi pencinta haiwan, hujung minggu memang lebih bermakna bila dapat luangkan masa bersama si bulus tersayang. Sama ada singgah ke kafe mesra haiwan peliharaan, bersiar-siar di taman atau sertai acara komuniti, setiap momen jadi lebih menyeronokkan apabila ditemani sahabat berbulu kesayangan.
Kalau anda sedang mencari aktiviti menarik untuk dilakukan bersama si bulus, ada satu acara yang mungkin wajib masuk dalam senarai hujung minggu anda nanti.
Oh My Meow! Himpunkan komuniti pet lovers dalam satu acara
OH MY MEOW! bakal menghimpunkan komuniti pencinta haiwan peliharaan dalam satu acara yang penuh dengan aktiviti menarik, perkongsian, pameran dan pengalaman yang direka khas untuk pet lovers.
Lebih menarik, OMODA & JAECOO Malaysia tampil sebagai penaja rasmi acara ini, sekali gus menjadikannya kolaborasi pertama antara jenama automotif dan pameran haiwan peliharaan seumpamanya di Malaysia.
Bagi pengunjung yang hadir, acara ini bukan sahaja menawarkan pelbagai aktiviti untuk si bulus, malah turut membawakan pengalaman gaya hidup yang lebih dekat dengan pemilik haiwan peliharaan masa kini.
OMODA & JAECOO Malaysia bawa pengalaman berbeza ke OH MY MEOW!

Sebagai sebahagian daripada kempen pra-pelancaran menjelang pelancarannya pada Ogos 2026, OMODA & JAECOO Malaysia turut memperkenalkan JAECOO J5 EV kepada para pengunjung OH MY MEOW!.
Namun, ia bukan sekadar memperkenalkan sebuah kenderaan baharu.
Sebaliknya, jenama itu mahu menampilkan bagaimana sebuah SUV elektrik boleh menjadi sebahagian daripada gaya hidup moden, khususnya bagi mereka yang gemar meneroka tempat baharu, meluangkan masa bersama keluarga serta membawa haiwan peliharaan ke mana sahaja.
Mengangkat konsep baharu yang direka khas untuk gaya hidup moden, JAECOO J5 EV tampil sebagai SUV elektrik yang mengutamakan keselesaan, fleksibiliti dan pengalaman bermakna bersama keluarga serta haiwan peliharaan.
Menariknya, JAECOO juga menjadi jenama automotif pertama yang bekerjasama dengan pempamer haiwan peliharaan untuk mempamerkan J5 EV di acara Oh My Meow, sekali gus menyerlahkan komitmennya dalam menyokong gaya hidup mesra haiwan peliharaan.
Direka untuk gaya hidup urban, pet–friendly & pengembaraan harian
Bagi ramai pemilik haiwan peliharaan, perjalanan harian bukan lagi sekadar bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.
Daripada membawa haiwan peliharaan anda ke pet-friendly café pada hujung minggu, bersiar-siar di taman, menghadiri acara komuniti haiwan peliharaan hinggalah percutian singkat bersama keluarga, semuanya menjadi lebih mudah dan menyeronokkan.
Atas sebab itu, pengalaman mobiliti yang mesra haiwan peliharaan kini menjadi antara keutamaan pengguna moden yang mahukan kenderaan yang dapat menyesuaikan diri dengan gaya hidup harian mereka.
JAECOO J5 EV hadir dengan pendekatan yang memberi penekanan kepada gaya hidup sebenar pengguna masa kini, termasuk mereka yang menganggap haiwan peliharaan sebagai sebahagian daripada keluarga.
Ia menjadikan setiap perjalanan lebih selesa, lebih fleksibel dan lebih bermakna, sama ada untuk aktiviti harian mahupun pengembaraan hujung minggu.
Jangan lepaskan peluang melihat JAECOO J5 EV di OH MY MEOW!

Jika anda merancang untuk menghadiri OH MY MEOW!, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke booth OMODA & JAECOO Malaysia.
Selain dapat menikmati suasana acara bersama si bulus, pengunjung juga berpeluang menjadi antara yang terawal melihat lebih dekat JAECOO J5 EV sebelum pelancaran rasminya pada Ogos 2026.
Maklumat acara:
Acara: Oh My Meow!
Tarikh: 9-12 Julai 2026
Lokasi: Mid Valley Exhibition Centre (MVEC KL)
Sama ada anda seorang pet lover, gemar meneroka lokasi baharu pada hujung minggu atau sekadar ingin mencari inspirasi gaya hidup yang lebih fleksibel dan moden, OH MY MEOW! menawarkan pengalaman yang tidak harus dilepaskan.
Singgah ke booth OMODA & JAECOO Malaysia dan lihat sendiri bagaimana JAECOO J5 EV menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih selesa dan praktikal untuk anda serta haiwan kesayangan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai J5 EV dan mendaftarkan minat anda, layari halaman Register of Interest (ROI) di SINI. Jangan lupa ikuti OMODA & JAECOO Malaysia di Facebook dan Instagram untuk perkembangan terkini serta maklumat lanjut mengenai model ini.
