OpenAI Kena Saman Di Amerika Syarikat, Didakwa Tidak Selamat Untuk Kegunaan Kanak-Kanak

Dakwaan melibatkan insiden tembakan beramai-ramai di Florida State University tahun lalu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Vox & MSN

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Florida, salah sebuah negeri di Amerika Syarikat (AS) menjadi daerah pertama memfailkan saman terhadap OpenAI

Menerusi laporan CNN, pemfailan saman turut dikenakan kepada CEO syarikat tersebut. Sam Altman, mendakwa ChatGPT adalah tidak selamat terutamanya terhadap kanak-kanak bawah umur.

"Sam Altman dan ChatGPT lebih mengutamakan kemajuan AI berbanding keselamatan dan kesejahteraan anak-anak kita.

"Mereka telah memilih keuntungan berbanding keselamatan awam, dan kami tidak akan menyokongnya di Florida," kata Peguam Negara Florida, James Uthmeier, menerusi sebuah sidang akhbar pada Isnin.

Saman yang difailkan itu mendakwa OpenAI melakukan amalan perdagangan yang mengelirukan dan tidak adil, kecuaian dan melanggar undang-undang liabiliti produk.

Ia juga bertujuan untuk meminta Altman 'bertanggungjawab secara peribadi atas bahaya yang telah ditimbulkannya kepada penduduk Florida' termasuk dakwaan 'pengabaian sepenuhnya terhadap risiko kepada nyawa manusia yang disebabkan oleh kelakuan syarikatnya.'

Saman terbabit menyenaraikan pelbagai tuduhan terhadap ChatGPT, termasuk 'membantu' jenayah tembak besar-besaran, menggalakkan bunuh diri, menyebabkan 'penghinaan awam', membuat kanak-kanak bawah umur ketagih kepada perisisan tanpa 'pengawasan ibu bapa' dan menyebabkan pengguna kehilangan 'kemahiran berfikir kritis.'

SAYS.com

CEO OpenAI, Sam Altman.

Image via PG

OpenAI dakwa telah meletakkan keselamatan kanak-kanak bawah umur sebagai antara polisi utama mereka

OpenAI berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka percaya kanak-kanak bawah umur 'memerlukan perlindungan yang ketara' dan mereka telah 'melaksanakan perlindungan dan dasar yang kukuh dalam industri.'

"Kami membina keselamatan untuk kanak-kanak bawah umur secara langsung dalam produk kami, termasuk pengalaman yang lebih melindungi khusus untuk kanak-kanak bawah umur, ciri ramalan umur, di mana pengguna yang umurnya kami tidak dapat dikenal pasti menerima pengalaman yang lebih melindungi, dan memberi ibu bapa alat untuk memantau penggunaan AI anak-anak mereka.

"Kami sedar memaklumkan perkara ini tidak akan dapat mengembalikan kanak-kanak yang terkorban, tetapi kami komited untuk menyelesaikan isu dengan betul," kata syarikat itu.

Saman itu secara khusus menumpukan pada tuduhan bahawa OpenAI kekurangan kawalan ibu bapa yang berkesan untuk pengguna muda, dengan menyatakan versi percuma ChatGPT 'tiada mekanisme pengawalan atau pengesahan umur' dan OpenAI tidak memerlukan akaun kanak-kanak dipautkan ke akaun ibu bapa.

Saman itu juga mengatakan bahawa walaupun akaun dipautkan, OpenAI hanya akan memaklumkan ibu bapa tentang kandungan yang membimbangkan dalam 'situasi terhad' dan 'dalam apa jua keadaan ibu bapa tidak boleh meminta akses kepada maklumat yang diberikan oleh kanak-kanak kepada ChatGPT.'

SAYS.com

Sekumpulan pelajar mengadakan perhimpunan berhampiran tempat insiden tembakan di Florida State University pada 17 April 2025, di Tallahassee, Florida.

Image via CNN

Saman sivil itu dibina berdasarkan siasatan jenayah pertama ke atas OpenAI yang dilancarkan oleh Uthmeier pada April

Ia melibatkan sama ada syarikat itu bertanggungjawab atas kejadian tembakan beramai-ramai di Florida State University tahun lalu ataupun tidak.

Pihak berkuasa Florida mendakwa penembak yang dituduh dalam kes itu telah menggunakan ChatGPT dengan meluas sebelum insiden terbabit, termasuk mengenai butiran lanjut tentang kejadian tembakan beramai-ramai di universiti dan panduan tentang cara menggunakan senjata.

OpenAI berkata pada masa itu bahawa kejadian tembakan berkenaan 'adalah satu tragedi, tetapi ChatGPT tidak bertanggungjawab atas jenayah yang dahsyat ini.'

"Dalam kes ini, ChatGPT memberikan jawapan fakta kepada soalan dengan maklumat yang boleh didapati secara meluas merentasi sumber awam di internet, dan ia tidak menggalakkan atau mempromosikan aktiviti jenayah atau berbahaya," kata jurucakap OpenAI pada April.

Uthmeier berkata beliau menjangkakan negeri-negeri lain akam turut menyertai usahanya itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: