seismik

Dulu Mohon Kerja Kena 'Reject' Mentah-Mentah, Kini Tempat Tersebut Beliaulah Tuan Tanah

Kejayaan itu bermula dengan impian!

Cover image via Palm Oil TV/YouTube

Setiap kejayaan pastinya bermula dengan kegagalan. Bukan mudah nak berjaya. Pelbagai halangan yang perlu kita lalui. Pepatah ada mengatakan "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian."

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Syahril A. Kadir menceritakan tentang pahit getir yang dilalui orang kelima terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Dato' Lee Shin Cheng sebelum beliau mengecap kejayaan.

Sebelum menjadi kaya, satu ketika dahulu, Tan Sri Dato' Lee Shin Cheng memulakan pencarian rezekinya dengan menjual aiskrim dengan berbasikal. Banyak perkara yang telah dilaluinya dulu yang menjadikan beliau seperti sekarang. Mari dengarkan kisah ini!

Image via blogspot.my

Tan Sri Dato' Lee Shin Cheng seorang anak jati Kuala Lumpur. Beliau mula menjual ais krim seawal umur 11 tahun dengan berbasikal kerana ingin membantu bapanya yang bekerja sebagai pengusaha warung kopi

Lelaki tua ini kini berumur 77 tahun. Anak jati Kuala Lumpur ini mula naik basikal dan menjual ais krim seawal umur 11 tahun kerana nak membantu bapanya seorang pengusaha warung kopi. Lepas habis sekolah, dia mula bekerja di ladang getah hingga sampai sekarang lelaki berketurunan Cina ini fasih bercakap Tamil sebab pergaulannya dengan pekerja ladang berketurunan India.

Ketika umurnya mencecah 22 tahun, dia memohon jawatan penyelia di ladang kelapa sawit milik syarikat Eropah, Dunlopp. Namun permohonannya ditolak mentah-mentah kerana dia tak boleh berbahasa Inggeris.

facebook.com

Bersama anak lelakinya, Kee Hua Chee.

Image via Syahril A. Kadir/Facebook

Namun, tanpa disangka-sangka, 20 tahun kemudian beliau berjaya membeli ladang kelapa sawit tersebut

Siapa sangka, 20 tahun kemudian, lelaki ini BERJAYA MEMBELI ladang kelapa sawit tersebut!

"Tahun 1989 adalah tahun paling menggembirakan saya kerana berjaya membeli ladang Dunlopp dari syarikat Multi-Purposed Holdings. Nak tahu kenapa, dulu saya pernah minta kerja kat ladang itu tetapi sebab saya tidak ada kelulusan, nama saya ditolak mentah-mentah.

"Agaknya kalau saya diterima bekerja di ladang tersebut waktu itu, saya tak mungkin memiliki ladang ini sekarang, " katanya dalam satu temubual dengan akhbar NST sembilan tahun lalu.

Lelaki ini juga memiliki satu perangai pelik. Dia suka bercakap dengan pokok kelapa sawitnya. Kalau pokok itu berbuah, dia akan pergi dan ucap I LOVE U. Kalau tak berbuah, dia akan cakap SAYA BAGI TEMPOH ENAM BULAN LAGI YEA...kalau lepas itu pun masih gagal memberi hasil, dia akan kata kat pokok tersebut;

"MAAF DARLING, AKU TEBANG KAU DULU!"

facebook.com

Bagaimanapun, segalanya telah berubah. Beliau yang pernah dihina kerana tak boleh berbahasa Inggeris itu, adalah lelaki kelima terkaya di Malaysia!

Dan kini, lelaki yang pernah menjual askrim itu, lelaki yang pernah kena hina sebab tak boleh berbahasa Inggeris dan lelaki yang dianggap pelik sebab suka bercakap dengan pokok itu, adalah LELAKI KE LIMA TERKAYA DI MALAYSIA DENGAN HARTANYA YANG DIANGGARKAN BERJUMLAH RM19 BILLION!

Dia yang aku maksudkan adalah pemilik IOI Corporation, pemilik IOI Properties, pemilik ladang kelapa sawit seluas 230,000 hektar termasuk di Indonesia, pemilik empat kilang pemprosesan sawit, pemilik kilang penapis terbesar di Eropah iaitu di Belanda - pendek kata apa saja yang bermula dengan tiga huruf iaitu I-O-I termasuk IOI Mall, adalah dimiliki lelaki yang 'low profile' ini.

Namanya ialah Lee Shin Cheng. Lebih tepat lagi - TAN SRI LEE SHIN CHENG....pergh!!!

facebook.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi kisah inspirasi di SINI:

You may be interested in: