Lalui Beribu Episod Kegagalan Dalam Hidup, Akhirnya Lelaki Ini Berjaya Bergelar Doktor
Sebuah kejayaan itu pastinya bermula dengan kegagalan.
Cover image via DrMidhat Nabil/FacebookSeringkali kita dengar, "gagal sekali tak bermakna, gagal selama-lamanya."
Ini kerana setiap kejayaan seseorang individu yang kita lihat hari ini, pastinya bermula dengan beribu episod kegagalan.
Begitulah kisah yang dialami oleh seorang lelaki bernama [DrMidhat Nabil](https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1142618819140207&id=100001763005286) ini. Sejak di bangku sekolah lagi beliau bukanlah merupakan pelajar cemerlang dan setiap peperiksaan besar yang beliau duduki pastinya memberikan keputusan yang menghampakan.
Selepas menerima keputusan SPM, beliau diberitahu gurunya bahawa masa depannya tidak akan cerah. Bayangkan hati mana tidak remuk apabila kata-kata seperti itu dilemparkan kepada diri anda. Apatah lagi oleh insan yang bergelar guru.
Midhat Nabil Ahmad Salimi memenangi Anugerah Emas dalam pameran ITEX 2016.
Image via DrMidhat Nabil/Facebook
Baca kisah inspirasi beliau di bawah. Semoga kita semua mendapat manfaat melalui kisah insan hebat ini:
Image via DrMidhat Nabil/Facebook
Bagaimanapun, menurutnya keputusan yang beliau lakukan adalah silap sama sekali. Subjek sains tulen adalah sangat susah untuk beliau, terutama subjek Matematik Tambahan yang dikatakan merupakan killer subject buat semua pelajar sains.
Image via DrMidhat Nabil/Facebook
Nasib tetap tidak menyebelahi beliau. Dunianya terasa gelap kerana beliau tidak dapat meneruskan pengajian berikutan keputusan yang teruk. Beliau mendapat keputusan gagal dan diberhentikan.
Image via DrMidhat Nabil/Facebook
Image via DrMidhat Nabil/Facebook
Image via DrMidhat Nabil/Facebook
Selepas itu, kejayaan demi kejayaan telah beliau kecapi. Beliau meneruskan pengajian Master dan Ph.D dalam bidang Chemical Engineering di University of Birmingham, UK.
Beliau dinobatkan 2 pelajar terbaik dalam program tersebut dan telah dicalonkan untuk anugerah Tesis Terbaik.
Image via DrMidhat Nabil/Facebook
Image via DrMidhat Nabil/Facebook

