Padi & Partners Tawar Peluang Pekerjaan Buat Graduan Dalam Industri Takaful Di Malaysia
Padi & Partners bersedia untuk merekrut ejen takaful baharu mereka dari 18 tahun hingga 55 tahun.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Buat julung-julung kalinya, Padi & Partners iaitu agensi kumpulan takaful di bawah naungan Zurich Takaful Malaysia Berhad (ZTMB) mengumumkan secara rasmi penglibatan mereka dalam industri takaful di Malaysia
Menurut salah seorang pengasasnya, Mohamad Haniff Mohd Ali, Padi & Partners diasaskan oleh empat orang anak muda iaitu Mohd Izwan Mohd Fauzi, Mohd Helme Kassim, Muhamad Ruzaidi Mohd Roni dan termasuk dirinya sebagai Chief Agency Manager, Padi & Partners.
"Padi & Partners adalah gabungan daripada 4 agensi terdahulu yang terdiri 4 orang pengasas utamanya iaitu Qahir Group oleh saya, GCG (Mohd Izwan), Hustle Group (Muhamad Ruzaidi) dan Rawaha Group (Mohd Helme), maka terbentuklah sebuah kesepakatan persaudaraan yang berlandaskan 3 teras utama iaitu kesetiaan, kesaksamaan dan kemuafakatan.
"Untuk majlis hari ini, kami ada buat acara pelancaran group kita iaitu Padi & Partners berserta logo baharu dan bussiness opportunity preview untuk golongan graduan baharu yang ingin mencari peluang pekerjaan," katanya ketika ditemui pihak media baru-baru ini.
Tambahnya lagi, peluang pekerjaan itu juga bukan sahaja untuk golongan siswa dan siswazah, namun ia turut terbuka untuk orang ramai yang ingin mencari pekerjaan stabil dan masa depan cerah bersama-sama Padi & Partners.
152 menjadi simbol nombor rasmi dan kegunaan bagi Padi & Partners dalam industri takaful.
Image via Padi & PartnersPenggunaan nombor rasmi 152 untuk Padi & Partners merupakan simbolik daripada surah Al-Baqarah ayat 152.
Image via Padi & PartnersKena rajin, cekal dan ada matlamat yang tinggi dalam kehidupan
Ketika ditanya mengenai kriteria yang perlu ada bagi seorang ejen takaful di bawah Padi & Partners, Muhamad Ruzaidi memberitahu, individu tersebut perlu rajin, cekal dan ada matlamat yang tinggi dalam kehidupan.
"Dari segi umur kami di Padi & Partners bersedia untuk merekrut ejen takaful baharu dari 18 tahun hingga 55 tahun.
"Sehingga kini, terdapat seramai 110 ejen takaful yang telah berdaftar bersama-sama Padi & Partners di bawah Zurich Takaful Malaysia Berhad. Kami menyasarkan seramai 500 orang ahli baharu untuk tahun ini," katanya.
Dari kiri Muhamad Ruzaidi, Mohd Helme, Mohamad Haniff dan Mohd Izwan merupakan tunjang utama Padi & Partners.
Image via Padi & PartnersBagi menarik minat lebih ramai golongan muda menyertai Padi & Partners, Mohd Helme memberitahu, pihaknya mengamalkan sistem bekerja 4 hari seminggu dan 3 hari cuti.
"Kami 'mengharamkan' mereka (ejen takaful) bekerja pada tiga hari cuti ini, walaupun 4 hari sahaja bekerja, kami di Padi & Partners sudah ada formula untuk mereka ini berkerja secara optimum dan mencapai sasaran mereka masing-masing," katanya.
Untuk rekod, walaupun Padi & Partners baru sahaja ditubuhkan, empat orang anak muda yang menerajui agensi ini telah pun mempunyai pengalaman lebih 10 tahun jatuh bangun dalam industri takaful di Malaysia.
Komited memastikan semua lapisan masyarakat di Malaysia dapat memperoleh perlindungan yang sesuai
Dalam pada itu, Mohd Izwan berkata, Zurich Malaysia sentiasa komited untuk menjadi rakan kongsi dalam melindungi setiap aspek penting dalam kehidupan.
"Pelan insurans dan takaful ini diwujudkan untuk memastikan perlindungan menyeluruh daripada pelbagai risiko sambil memberikan sokongan kewangan dalam situasi yang tidak dijangka.
"Zurich Malaysia juga dikenali dengan perkhidmatan pelanggan serta penggunaan sistem teknologi terkini yang cemerlang untuk proses tuntutan yang mudah dan cepat," katanya.
Padi & Partners bergambar kenangan bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif ZTMB, Nur Fatihah Mustafa dengan Ketua Pegawai Agensi ZTMB, Amri Iswanizat.
Image via Padi & PartnersJelasnya lagi, terdapat beberapa pIlihan pakej pelan insurans dan takaful Zurich Malaysia mudah dengan perlindungan yang lengkap dan berpatutan selain patuh syariah ditawarkan.
Selain itu, ia direka untuk memberikan pelbagai perlindungan yang melindungi individu, keluarga, aset berharga dan segala perkara yang bermakna dalam kehidupan.
Antaranya pelan perlindungan kesihatan, perlindungan kediaman, perlindungan simpanan, pelaburan, insurans hayat dan takaful keluarga, perlindungan kenderaan serta perlindungan perniagaan.
Untuk maklumat lanjut mengenai pakej pelan insurans dan takaful Zurich Malaysia, anda boleh sahaja ikuti Padi & Partners di Instagram @padi.zurich sekarang!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!