Pagar Reput Di Tanah Perkuburan, Syed Saddiq Respons Segera Lepas Terima Aduan

Difahamkan, terdapat lembu juga keluar masuk di kawasan tanah perkuburan itu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @zattynia (Threads)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Keadaan pagar dawai yang rosak dan runtuh di sebuah tanah perkuburan di Parit Jamil, Benteng, Muar menimbulkan kebimbangan orang ramai apabila kawasan berkenaan didakwa dimasuki haiwan ternakan

Menurut laporan Kosmo!, perkara itu mendapat perhatian selepas seorang pengguna Threads memohon bantuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi mendapatkan tindakan berhubung keadaan tanah perkuburan tersebut.

Menurutnya, banyak bahagian pagar yang mengelilingi kawasan perkuburan sudah runtuh dan rosak sehingga membolehkan lembu keluar masuk ke kawasan kubur.

"Banyak dah runtuh dan rosak. Sampai lembu keluar masuk meninggalkan sisa buangan dia," katanya.

Turut dikongsikan beberapa gambar dan video yang menunjukkan keadaan pagar dawai yang rebah, selain kawasan sekitar kubur yang dipenuhi rumput serta tumbuhan liar.

Pengguna berkenaan mendakwa dia sebelum ini sudah menghantar e-mel kepada pihak berkaitan, namun masih belum menerima sebarang maklum balas

Aduan itu bagaimanapun mendapat respons Syed Saddiq kira-kira empat jam selepas hantaran berkenaan dimuat naik.

"Terima kasih. Saya akan ambil tindakan," balasnya.

Hantaran tersebut kemudian mendapat perhatian ramai dengan lebih 2,800 tanda suka dan ratusan komen daripada pengguna media sosial setakat ini.

Lihat Threads di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: