seismik

Pak Nil, Amy Search, & Sufian Suhaimi Kongsi Harapan Terhadap Malaysia Melalui #NegaraKru

"Cinta pada negara harus kekal selamanya."

Cover image via SAYS

Dengan bahang #PRU14 yang semakin hangat, kempen #NegaraKru dibentuk bagi menyebarkan vibe yang positif di arus media digital

Kempen #NegaraKru bertujuan untuk mencakna pengguna media digital, terutamanya anak muda bagi memupuk rasa cinta dan bangga menjadi seorang rakyat Malaysia.

Kempen ini juga mengetengahkan suara-suara selebriti terkenal serta influencers golongan belia yang turut serta menyebarkan gelombang positif ini.

1. Pak Nil

Pengacara nombor 1 negara Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil berkata bahawa Malaysia telah banyak berubah dan tidak sama seperti dulu lagi.

Pak Nil berkongsikan tentang harapan dan cita-cita buat negara Malaysia tercinta dan beliau hanya mahukan yang terbaik buat anak-anak dan cucu-cucu beliau di masa hadapan.

2. Amy Search

Rocker dan anak jati Johor, Amy Search berpendapat bahawa mengundi bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang ringan dan seharusnya dijadikan keutamaan bagi setiap rakyat.

Ini kerana rakyat memainkan peranan yang amat penting dalam memilih yang terbaik untuk negara Malaysia demi masa hadapan yang lebih makmur.

3. Sufian Suhaimi

Penyanyi yang sedang melakar nama dalam industri muzik, Sufian Suhaimi berkata cinta terhadap negara yang kita semai selama ini harus kekal selama-lamanya.

"Ingat, cinta kepada kekasih boleh diganti, tetapi cinta kepada negaraku yang hebat ini, harus kekal selamanya,"

Inginkan lagi mesej yang penuh inspirasi dari artis terkenal tanah air serta influencers media sosial? Layari YouTube #NegaraKru untuk lihat banyak lagi kandungan video menarik.

Together, Let's Hebatkan Negaraku!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lihat juga pesanan dari Dayang Nurfaizah, Caprice, dan Shuib Sepahtu DI SINI:

Ingat, jangan muat naik gambar kertas undi ya!

You may be interested in: