“Palestin Sentiasa Dekat Dengan Jiwa Saya” – Dr Zulkifli Hasan Imbau Misi Gaza 2012 Di Majlis Amal

Menteri Agama menyeru kepada rakyat Malaysia untuk terus membantu dan bersolidariti bersama-sama untuk Palestin.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan, terus memperkukuh komitmen Malaysia dalam membela nasib rakyat Palestin menerusi kehadirannya di Majlis Makan Malam Amal Anak-Anak Yatim Gaza, baru-baru ini

SAYS.com

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan

Image via YB Senator Dr. Zulkifli Hasan

Majlis tersebut bukan sahaja bertujuan mengumpul dana bagi ribuan kanak-kanak yang kehilangan penjaga akibat serangan rejim Zionis, malah menjadi medan pertemuan Dr. Zulkifli dengan para pejuang kemanusiaan Palestin yang mengabdikan hidup demi membebaskan bumi para Anbiya'.

Kemuncak majlis menyaksikan Dr. Zulkifli menerima hadiah istimewa berupa jubin biru asal Masjidil Aqsa daripada wakil Palestin. Pemberian itu mengundang rasa sebak beliau sambil mengimbau kenangan menyertai misi bantuan kemanusiaan ke dalam Gaza bersama Malaysian Relief Agency (MRA) pada tahun 2012.

"Hadiah ini sangat bermakna dan mengundang rasa sebak. Palestin sentiasa dekat dengan jiwa dan sanubari saya sejak dahulu lagi. Ketabahan sahabat-sahabat Palestin menjadi inspirasi untuk kita terus menyuarakan keadilan," ujar beliau.

SAYS.com
Image via YB Senator Dr. Zulkifli Hasan

Seruan solidariti berterusan dan mendoakan pembebasan Palestin

Dr. Zulkifli menegaskan bahawa masyarakat Malaysia tidak boleh berdiam diri melihat jenayah kemanusiaan yang berterusan. Beliau menyeru agar sokongan moral dan material terus disalurkan bagi memastikan anak-anak yatim di Gaza mendapat kasih sayang dan perlindungan yang sewajarnya.

Beliau turut menzahirkan harapan agar umat Islam di seluruh dunia terus mendoakan pembebasan Palestin dan diberi kesempatan untuk bersujud bersama di Masjidil Aqsa suatu hari nanti.

Kehadiran beliau pada program tersebut sekali lagi membuktikan bahawa perjuangan Palestin adalah keutamaan dalam agenda kemanusiaan sejagat yang dibawa oleh kepimpinan agama di Malaysia.

SAYS.com
Image via YB Senator Dr. Zulkifli Hasan

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS