seismik

Sempena Raya, Siapa Di Kalangan Saudara Yang Kita Boleh Dan Tak Boleh Salam?

Kami pasti ramai yang tak ingat malah ada juga yang tak pernah tahu.

Cover image via Kemenag

Pesanan ini telah diperoleh melalui perkongsian di WhatsApp dan kemudian diedit dan diterbitkan oleh SAYS Seismik untuk para pembaca kami.

Nak dekat Hari Raya ni, moh kita saling mengingati Bukan Mahram yang TAK BOLEH salam

Image via Kemenag

Panduan untuk lelaki:

1. Isteri kepada adik beradik bapa

Atau...makcik-makcik belah ayah kau.
Atau...pakcik-pakcik kau punya bini.

2. Isteri kepada adik beradik emak

Atau...makcik-makcik belah mak kau.
Atau...pakcik-pakcik kau punya bini.

3. Adik beradik perempuan bapa mentua

Atau...pak mentua kau punya adik beradik perempuan.

4. Adik beradik perempuan emak mentua

Atau...mak mentua kau punya adik beradik perempuan.

5. Anak perempuan kepada adik beradik isteri

Atau...isteri kau punya adik beradik, punya anak perempuan.

6. Kakak ipar

Atau...abang kau punya bini.

Rasanya yang ini semua pun boleh faham.

7. Adik ipar perempuan

Atau...adik lelaki kau punya bini.

Ok yang ini pun senang nak faham.

8. Sepupu perempuan

Atau...anak perempuan kepada makcik dan pakcik kau.

9. Sepupu ayah (perempuan)

Atau...ayah kau punya sepupu perempuan.

10. Sepupu emak (perempuan)

Atau...mak kau punya sepupu perempuan.

Ini dia carta 'siapa boleh salam, siapa tak boleh salam' untuk para lelaki supaya lebih senang nak ingat

Panduan untuk perempuan:

1. Suami kepada adik beradik bapa

Atau...makcik-makcik belah ayah kau punya suami.

2. Suami kepada adik beradik emak

Atau...makcik-makcik belah mak kau punya suami.

3. Adik beradik lelaki bapa mentua

Atau...pak mentua kau punya adik beradik lelaki.

4. Adik beradik lelaki emak mertua

Atau...mak mentua kau punya adik beradik lelaki.

5. Anak lelaki adik beradik suami

Atau...suami kau punya adik beradik, punya anak lelaki.

6. Abang ipar

Atau...kakak kau punya suami.

7. Adik ipar lelaki

Atau...adik perempuan kau punya suami.

8. Sepupu lelaki

Atau...anak lelaki kepada makcik dan pakcik kau.

9. Sepupu ayah (lelaki)

Atau...ayah kau punya sepupu lelaki.

10. Sepupu emak (lelaki)

Atau...mak kau punya sepupu lelaki.

Ini pula carta untuk perempuan. Boleh faham atau tak?

Ada yang tak tahu. Dan kadang-kadang kita terlupa. Nampak macam boleh tapi sebenarnya tak boleh.

Haa..nampak cantik tapi tak boleh sentuh. Jangan buat-buat lupa. Haram. Ni dah tahu..minta-minta ler sampaikan kepada yang bernama saudara.

Tapi...janganlah ikut masa Raya je. Sebab benda ni valid dan kena amalkan sampai bila-bila. Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dah tengok iklan Hari Raya tahun 2015?

Mungkin sempat lagi untuk anda buat kuih raya. Masih ada masa:

More stories to read: