PAPA BEAR’S Kini Dibuka Secara Rasmi, Saji Ladu Segar Di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Bagi memenuhi citarasa berbeza penggemar makanan, menu ladu di sini didatangkan dengan empat gaya hidangan utama.
Cover image via PAPA BEAR'SFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Industri kulinari tempatan terus meriah dengan pembukaan rasmi cawangan pertama dunia bagi restoran pakar ladu segar, PAPA BEAR'S, yang kini mula beroperasi di Lot 1.69.00, Aras 1, Pavilion Bukit Jalil
Dilahirkan sepenuhnya di Malaysia, jenama makanan dan minuman (F&B) ini mengangkat konsep ladu buatan tangan yang dibalut segar setiap hari dengan mengekalkan ciri kulit nipis, lembut serta inti padat yang berjus (juicy).
Bagi memenuhi citarasa berbeza penggemar makanan, menu ladu di sini didatangkan dengan empat gaya hidangan utama iaitu direbus, digoreng kuali (pan-fried), digoreng rangup (deep-fried) atau disajikan bersama sup panas menyegarkan.
Menariknya, resipi istimewa hidangan PAPA BEAR'S dibangunkan khas oleh barisan cef dari restoran yang tersenarai dalam MICHELIN Guide Beijing 2026, sebelum diadun dan diselaraskan mengikut selera masyarakat Malaysia. Pilihan intinya merangkumi pelbagai bahan premium seperti ayam segar, udang, ikan tenggiri, hingga ke daging lembu Wagyu berkualiti tinggi.

Perkenal polisi ketelusan harga di mana nilai pada menu adalah harga bersih tanpa sebarang caj perkhidmatan tersembunyi
Di samping memartabatkan hidangan ladu sebagai medium penyatuan keluarga dan sahabat handai, restoran ini turut memperkenalkan polisi ketelusan harga di mana nilai pada menu adalah harga bersih tanpa sebarang caj perkhidmatan tersembunyi.
Jenama ini turut memberikan jaminan kepuasan pelanggan dengan menawarkan penggantian hidangan baharu atau pemulangan wang tunai tanpa soal sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengan hidangan yang diterima.

Sempena pelancaran rasmi dari 4 hingga 9 November ini, PAPA BEAR'S mengadakan promosi istimewa di mana pelanggan hanya perlu menambah RM1 dengan sebarang pembelian untuk menikmati 6 ketul Ladu Ayam Daun Kucai untuk makan di restoran, terhad kepada 100 pelanggan pertama setiap hari mengikut terma dan syarat.
Melangkah ke hadapan, PAPA BEAR'S yang beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam berhasrat untuk terus melebarkan sayapnya dengan membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara, berpegang kepada falsafah jenama iaitu "Menghasilkan keenakan dengan sepenuh hati, menjadikan kelazatan sebahagian daripada kehidupan seharian."

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


