seismik

Tradisi Gila Masyarakat Afghanistan, Remaja Lelaki Jadi Hamba Seks Lelaki Dewasa

Kesemua mereka berlatarbelakangkan keluarga yang miskin.

Cover image via RTD

"Semakin hari dunia ini semakin mengelirukan".

Itulah yang bermain di kepala kami tatkala melihat satu video dokumentari tentang budaya tradisi masyarakat Afghanistan yang tersebar luas di laman Facebook baru-baru ini

Dokumentari tersebut dikeluarkan oleh media RT Documentary dan sehingga ini mendapat lebih 45 ribu perkongsian di Facebook.

Di Afghanistan, remaja lelaki dilatih menari dan diajarkan bersolek dan berpakaian seperti wanita untuk menari di parti-parti peribadi.

Parti tersebut dinamakan sebagai 'Bacha-Bazi' yang bermaksud 'bermain dengan remaja lelaki' yang mana ia juga dikatakan sebagai amalan tradisi yang telah lama diamalkan di negara tersebut.

Remaja-remaja lelaki tersebut perlu 'berlagak' seperti seorang wanita dan menari di hadapan lelaki-lelaki dewasa untuk menghiburkan mereka

Remaja-remaja lelaki yang menjadi penari ini digelar sebagai 'bacha' dan selepas mereka menari, lelaki-lelaki dewasa tadi akan bertaruh untuk mendapatkan mereka seterusnya melakukan seks bersama mereka pada sebelah malam.

Di dalam video tersebut, seorang lelaki dewasa bernama Amir memberitahu dia cukup gembira apabila bersama remaja-remaja lelaki itu.

"Saya beri mereka duit dan mereka serahkan tubuh mereka kepada saya," katanya.

Mereka yang bertanggungjawab menguruskan remaja-remaja ini digelar sebagai 'playboy'

Image via RTD

Mereka terdiri daripada orang-orang kaya dan berstatus elit. Mereka akan mencari remaja lelaki berumur 13 tahun ke atas di jalanan dan merekrut remaja-remaja ini menjalani 'bisnes' mereka sehinggalah remaja-remaja tersebut mencapai umur 20 tahun.

Menurut Japar, salah seorang 'playboy' di sana, mereka dapat membantu menjadikan hidup remaja-remaja tersebut lebih baik.

"Kami belikan mereka pakaian, beri mereka makan dan segalanya. Kami juga akan membiaya perkahwinan mereka sekiranya mereka tidak mahu lagi menjadi 'bacha'," katanya.

Menurutnya, 'Playboy' tidak berminat dengan remaja-remaja lelaki yang berwajah menarik, mereka memburu remaja-remaja miskin kerana lebih mudah dikawal

Image via The Nation

Amalan ini menyalahi undang-undang moden di Afghanistan secara rasmi, bagaimanapun 'playboy' ini semua terdiri daripada golongan yang berpengaruh dan kaya.

Boleh dikatakan, ia adalah tradisi lama yang tidak mungkin hilang dalam masa terdekat. Malah, nampaknya sedang menjalani kebangkitan semula dalam masyarakat di sana.

Di Afghanistan, wanita tidak dibenarkan bercakap secara terbuka dengan lelaki dan mereka juga tidak dibenarkan bekerja

Disebabkan itu, anak-anak lelaki sering menjadi harapan keluarga dan mula bekerja dari usia yang sangat muda. Disebabkan itu ramai di antara mereka terpaksa menjadi 'bacha'.

Islam membantah homoseksual, namun di sana budaya tradisi ini tidak dianggap sebagai aktiviti homoseksual.

Walaupun undang-undang di sana mengharamkan rogol dan penderaan seksual, namun tidak ada usaha yang jelas dalam membanteras aktiviti tidak bermoral ini. Malah ia dijadikan sebagai perniagaan di sana.

Lihat video penuh dokumentari tersebut di bawah:

The Afghan practice of sexually exploiting underage boys

In Afghanistan, cruel wealthy men enjoy organising parties with ‘bachas’ - boys who dance in women’s clothes. After the party, the men choose their favourite underage boy for sex. They think of it as a cultural tradition.

Posted by RT Documentary on Monday, 3 July 2017

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi di SAYS:

You may be interested in: