seismik

Pasangan Ini Naik "Moto Kapcai" Dari Klang Ke London Sejauh 27,000KM Merentas 25 Negara

Eksplorasi memakan masa selama 5 bulan!

Cover image via Mohd Alfishahrin

Bila baca tajuk, pasti ramai yang rasa macam tak percaya

Namun, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pasangan tempatan, Mohd Alfishahrin dan Diana Ann telah membuktikan tagline 'Impossible is Nothing' daripada Adidas itu adalah benar.

Pasangan ini telah merentas 25 negara dan berjalan sejauh 27,000 kilometer menggunakan sebuah "moto kapcai" sahaja. Perjalanan mereka bermula dari Klang dan berakhir di kota paling popular di dunia iaitu London, United Kingdom.

Pasangan Diana Ann dan Mohd Alfishahrin merentas 25 negara dengan hanya menaiki sebuah

Image via Mohd Alfishahrin

Motosikal yang digunakan hanyalah Honda RS150R Repsol Edition

Pada mulanya, hajat mereka hanya satu iaitu meraikan Hari Kebangsaan Malaysia di kota London. Akhirnya mereka berjaya tiba di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di sana tepat pada tarikh 31 Ogos 2017 untuk meraikan hari bersejarah tersebut.

KOTA LONDON Diana Ann

Posted by Mohd Alfishahrin on Thursday, August 31, 2017

Perjalanan mereka merentas 25 negara bermula di Klang, Selangor pada 8 April lalu dan berakhir pada 15 September 2017 di London

Berdasarkan post Alfishahrin di Facebook, dia memberitahu bahawa dia nekad berhenti kerja demi menyahut cabaran misi ini yang dianggap "gila" dan belum tentu mampu dicapai.

"8 APRIL 2017

"Gambar pada hari pertama misi Ride To London.
Depan rumahku bersama ayah,emak dan kakakku.
Mampukah aku selesaikan misi ini?
Mampukah aku harungi segala dugaan dan cabaran yang bakal dihadapi?
Mampukah aku hadapi dunia luar yang pelbagai ragam?
Macam-macam bermain di kotak fikiranku.
Idea gila dari seorang Mat Rempit macam aku ni.
Kalau tak cuba mana nak tahu kan?

"Aku nekad berhenti kerja.
Rezeki kerja insya-Allah ada, tapi peluang macam ni belum tentu boleh dapat lagi.
Tanpa fikir panjang, aku sahut cabaran misi ini.
Misi yang datang dari idea gila sendiri," tulisnya.

"Alhamdulillah, selepas 146 hari berkelana di bumi Tuhan,
berjumpa bermacam-macam jenis orang,
melalui pelbagai jenis muka bumi,
merasai bermacam jenis suhu dan jenis cuaca,
menghadapi pelbagai jenis cabaran,
aku dan isteriku berjaya berpijak di bumi United Kingdom.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kami. Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa kalian semua," sambungnya lagi.

Mereka yang mendapat sokongan daripada beberapa syarikat permotoran antarabangsa seperti GIVI Malaysia, STT SPROCKET dan MYBIKERZ, membelanjakan hampir RM40,000 untuk mencapai misi itu

Alfishahrin dan Diana menjelajah 25 negara melalui program inspirasi Anak Muda Bebas Dadah Persatuan Mencegah Dadah Malaysia Selangor.

Pada 2015, Alfishahrin menunggang secara solo ke 1,000 Corner di Chiang Mai, Thailand dan ini diikuti dengan misi solo ke tujuh sempadan negara iaitu Thailand, Myanmar, Laos, China, Vietnam, Kemboja dan Singapura pada 2016.

Buat masa ini, misi #RideToLondon merupakan pencapaian terbesar dalam hidup Alfishahrin yang kini berusia 31 tahun dan juga Diana, 30.

Tak perlu tulis panjang lebar, sekarang jom layan gambar-gambar mereka di 11 negara yang semuanya sangat menakjubkan!

1. India

2. Pakistan

3. Iran

4. Armenia

5. Turki

6. Greece

7. Bosnia and Herzegovina

8. Croatia

9. Itali

10. Switzerland

11. Perancis

Tahniah pasangan Alfishahrin dan Diana! Semoga terus sukses. #RideToLondon #Kapcaipackers

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Seronok betul tengok laki bini ni travel ke India Utara:

You may be interested in: