Pasangan Malaysia Nikah Di Thailand Naik 2 Kali Ganda Musim Cuti Panjang Ini

Difahamkan, secara purata lima pasangan Malaysia bernikah sehari dalam tempoh ini berbanding hanya dua pasangan pada hari biasa.

Enlarge text
Cover ImageCover image via nikahthailand.com & Ikhlas

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Cuti umum panjang kali ini telah melihatkan peningkatan jumlah pasangan Malaysia melangsungkan pernikahan di selatan Thailand

Menerusi laporan Berita Harian, pihak berkuasa didapati telah merekodkan lebih dua kali ganda permohonan harian diterima jika dibandingkan pada waktu biasa.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat berkata pihaknya mengendalikan purata lima pasangan Malaysia bernikah sehari sepanjang tempoh cuti panjang ini, berbanding hanya dua pasangan pada hari biasa.

"Pertambahan ini agak ketara dan kakitangan kami sibuk menguruskan pendaftaran serta majlis akad nikah.

"Kebiasaannya kami menerima kira-kira dua pasangan Malaysia sehari, namun sepanjang cuti panjang ini, jumlah itu meningkat kepada sekitar lima pasangan sehari,"
katanya.

SAYS.com

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat.

Image via NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Lonjakan dijangka berterusan sehingga tamat tempoh cuti, dengan beberapa pasangan lagi dilaporkan membuat tempahan awal bagi urusan pendaftaran dan majlis akad nikah

Abdul Aziz berkata, pasangan-pasangan berkenaan mengambil kesempatan tempoh cuti yang panjang bagi menyelesaikan urusan perkahwinan tanpa perlu mengambil cuti tambahan daripada pekerjaan masing-masing.

Menurutnya, pasangan Malaysia yang datang berasal dari pelbagai negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Selangor dan beberapa negeri lain.

"Kebanyakan mereka menyatakan faktor kemudahan dan kelapangan masa sepanjang cuti panjang sebagai sebab utama memilih tempoh ini untuk berkahwin," dedahnya.

Abdul Aziz menambah, semua permohonan perkahwinan diproses mengikut prosedur dan peraturan ditetapkan pihak berkuasa agama berkaitan.

Katanya, pihak majlis membuat persiapan sewajarnya bagi menampung peningkatan jumlah pemohon dan memastikan proses akad nikah berjalan lancar.

SAYS.com
Image via NSTP/Sharifah Mahsinah Abdullah

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: