Pasport Malaysia Baharu Dilancar Berperingkat Mulai 1 Julai, Ini Jadual Fasa & Pejabat Terlibat
Pelaksanaan secara berperingkat ini dirancang bagi memastikan proses peralihan kepada pasport baharu berjalan lancar selain mengelakkan kesesakan luar biasa di kaunter imigresen.
Cover image via Saifuddin Nasution Ismail (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) hari ini memulakan pelaksanaan permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu secara berperingkat di seluruh negara bermula 1 Julai 2026, sekali gus memperkenalkan reka bentuk dan ciri keselamatan terkini yang memenuhi piawaian antarabangsa

Menurut hantaran yang dimuat naik naik di Facebook Jabatan Imigresen Malaysia, pelaksanaan itu melibatkan pejabat-pejabat pasport di seluruh Malaysia serta Pejabat Atase Imigresen di luar negara mengikut sembilan fasa yang akan berlangsung sehingga 25 Ogos 2026.
Bagaimanapun, JIM menegaskan orang ramai tidak perlu tergesa-gesa membuat permohonan atau pembaharuan pasport semata-mata untuk mendapatkan versi baharu.
Pasport Malaysia sedia ada masih sah digunakan seperti biasa sehingga enam bulan sebelum tarikh tamat tempoh, justeru pengguna dinasihatkan hanya memperbaharui dokumen mengikut keperluan perjalanan masing-masing.
Fasa 1 (Mulai 1 Julai 2026)
1. Ibu Pejabat Putrajaya, Menara Ikhlas
2. Jalan Duta, Kuala Lumpur
3. Melaka
4. Seremban
5. Kelana Jaya
6. KLIA
7. UTC Puduraya
8. UTC Selangor
9. UTC Johor Bahru
10. UTC Pasir Gudang
11. UTC Ipoh
12. UTC Kedah
13. UTC Sungai Petani
14. UTC Seberang Prai
Fasa 2 (Mulai 6 Julai 2026)
1. Kajang
2. Setia Tropika
3. Kulai Jaya
4. Kulim
5. UTC Sentul
6. UTC Keramat
7. UTC Melaka
8. UTC Pulau Pinang (KOMTAR)
Fasa 3 (Mulai 9 Julai 2026)
1. Shaftsbury Putrajaya
2. Shah Alam (PKNS)
3. Kluang
4. Batu Pahat
5. UTC Kuantan
6. UTC Kota Bharu
7. UTC Kuala Terengganu
Fasa 4 (Mulai 13 Julai 2026)
1. Kuala Selangor
2. Wangsa Maju
3. Pelabuhan Klang
4. Besut
5. Segamat
6. Muar
7. Kukup
8. Puchong
9. Taiping
Fasa 5 (Mulai 21 Julai 2026)
1. Lumut
2. Alor Setar
3. Kuala Langat
4. Kuala Kubu Baru
5. Temerloh
6. Raub
7. Port Dickson
8. Mersing
9. Teluk Intan
10. UTC Perlis
Fasa 6 (Mulai 27 Julai 2026)
1. Chukai
2. Pengkalan Hulu
3. Cameron Highlands
4. Bintulu
5. Sri Aman
6. UTC Kuching
7. UTC Miri
8. UTC Sibu
9. UTC Kota Kinabalu
10. UTC Tawau
11. UTC Keningau
Fasa 7 (Mulai 3 Ogos 2026)
1. Langkawi
2. Bukit Kayu Hitam
3. Kuching
4. Lawas
5. Limbang
6. Kota Kinabalu
7. Sandakan
8. LTA Kota Kinabalu
9. Lahad Datu
10. UTC Labuan



Luar negara bermula Ogos
Bagi rakyat Malaysia di luar negara, permohonan pasport baharu akan diperkenalkan di Pejabat Atase Imigresen mengikut dua fasa.
Mulai 18 Ogos 2026, pelaksanaan melibatkan Jeddah, Jakarta dan Hong Kong, manakala Singapura, Melbourne, London dan New York akan menyusul bermula 25 Ogos 2026.

Pelaksanaan secara berperingkat ini dirancang bagi memastikan proses peralihan kepada pasport baharu berjalan lancar selain mengelakkan kesesakan luar biasa di kaunter imigresen.
Orang ramai disaran menyemak jadual pelaksanaan mengikut pejabat pasport masing-masing sebelum hadir membuat permohonan, selain merancang urusan pembaharuan dokumen berdasarkan keperluan perjalanan.
Lihat posting di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


