Patutkah Warga Emas Memasuki 70 Tahun Jalani Pemeriksaan Kesihatan Sebelum ‘Renew’ Lesen Memandu?
70 tahun dilihat sebagai tempoh munasabah untuk semakan kesihatan berkala berkaitan usia yang mungkin menjejaskan keselamatan memandu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perdebatan tentang faktor usia mampu menjejaskan tahap keselamatan pemanduan masih dibincangkan sehingga sekarang
Menerusi laporan New Straits Times, perbincangan ini telah mewujudkan pendapat sama ada warga emas perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ataupun tidak semasa perbaharui lesen memandu mereka.
Ramai warga emas kekal sihat, aktif dan mampu memandu dengan selamat sehingga usia tua mereka tetapi usia yang semakin meningkat juga boleh membawa perubahan beransur-ansur dalam aspek penglihatan, pendengaran, mobiliti, masa tindak balas dan keadaan kesihatan yang boleh menjejaskan keupayaan memandu.
Atas sebab ini, pertimbangan boleh diberikan untuk memperkenalkan penilaian perubatan mandatori sebaik sampai usia 70 tahun, untuk kepentingan dari perspektif keselamatan jalan raya.
Usia 70 tahun yang dicadangkan bukan sebagai penilaian terhadap keupayaan, tetapi sebagai titik munasabah untuk semakan berkala mengenai perubahan berkaitan usia yang mungkin menjejaskan keselamatan memandu.
Di bawah sistem semasa, lesen memandu boleh diperbaharui untuk tempoh sehingga 10 tahun. Walau bagaimanapun, keadaan kesihatan mungkin berubah dengan ketara dalam tempoh yang tersebut, terutamanya dalam kalangan pemandu yang lebih tua.

Gambar sekadar hiasan.
Image via CaretaPendekatan yang munasabah mungkin memerlukan pemeriksaan perubatan setiap tiga tahun bermula dari umur 70 tahun ke atas, sejajar dengan jarak waktu pembaharuan lesen bagi kumpulan ini
Ini membolehkan semakan berkala dapat disediakan sambil mengelakkan peperiksaan tahunan yang tidak perlu. Peperiksaan mandatori juga boleh dipertimbangkan pelaksanaannya.
Ramai pesara bergantung pada simpanan, pencen atau sokongan keluarga yang terhad dan penilaian perubatan mungkin mewujudkan beban kewangan tambahan.
Skim bantuan sedia ada seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang kini digunakan untuk mengurangkan kos sara hidup, berpotensi diperluas untuk membolehkan warga emas yang layak menggunakan sebahagian daripada peruntukan untuk pemeriksaan kesihatan ini.
Sebagai alternatif, penilaian kesihatan bersubsidi melalui klinik kerajaan atau panel penjagaan kesihatan yang diluluskan boleh diperkenalkan.
Sebagai contoh, di Taiwan, pihak berkuasa mencadangkan agar pemandu berumur 70 tahun ke atas mesti menjalani penilaian perubatan sebelum memperbaharui lesen mereka. Mereka juga akan ditawarkan kursus percuma mengenai peraturan lalu lintas yang dikemas kini dan pendidikan keselamatan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via