seismik

"Pavithra. Say Her Name, & Only Hers" - Satu Malaysia Mula Berang Kes Suami Pavithra

Ia dipercayai selepas Pavithra tidak menyebut nama suaminya ketika menerima satu anugerah baru-baru ini.

Cover image via Oriental Daily

Suami kepada YouTuber masakan terkenal Pavithra dikenakan tahanan reman tiga hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Ipoh

Image via Oriental Daily

Menurut laporan, ia bagi membantu siasatan dakwaan mencederakan isterinya, Pavithra mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

Majistret Nabihah Mohd Noor membenarkan perintah reman terhadap suspek berusia 29 tahun itu.

Terdahulu M. Sugu dibawa ke mahkamah dengan menaiki van dalam keadaan bergari dan memakai baju lokap berwarna ungu pada jam 10 pagi.

Sementara itu, berdasarkan sumber berkata pasangan itu bertengkar di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh

Ia dipercayai selepas mangsa tidak menyebut nama suaminya ketika menerima satu anugerah baru-baru ini.

"Pergaduhan itu berlarutan sehingga keesokkan hari (semalam) di mana lelaki itu pergi ke hospital berkenaan untuk mencari adik isterinya.

"Ketika kejadian suspek dipercayai mabuk. Bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan adik isterinya. Ia menyebabkan lelaki itu dipercayai memukul isterinya.

"Pada 5.54 petang hari sama, pengawal keselamatan menerima laporan daripada seorang jururawat yang mendakwa terlihat seorang lelaki mabuk dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan," katanya.

Suspek dipercayai mencari abang ipar isterinya susulan masalah keluarga.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan kejadian itu

"Kita masih menjalankan siasatan lanjut dan kami percaya kes ini berhubung masalah keluarga," katanya.

Tinjauan di media sosial pula mendapati rata-rata netizen berang dan kecewa dengan 'perbuatan' yang dilakukan oleh suami Pavithra ke atas dirinya

Malahan, ada yang geram dan tidak berpuas hati dengan tindakan 'kekerasan' Sugu terhadap isterinya.

Berikut adalah komen netizen yang tular di laman media sosial Twitter:

Semoga kes ini menjadi teladan buat kita semua. Jadilah seorang suami yang baik, jangan pukul isteri!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: