"Pecah Perut Gelak" - Riuh Dan Kecoh Betul Rombongan Cik Kiah Ke AJL Kali Ini
Perjalanan penuh cabaran terpaksa dihadapi sehinggalah mereka tiba di Kuala Lumpur.
Filem tontonan seisi keluarga, Rombongan Cik Kiah kembali menemui penonton dan kali ini, rombongan yang riuh dan kecoh ini ke Anugerah Juara Lagu (AJL)
Aplikasi tonton membawakan khas filem komedi romantik yang berdurasi 90 minit arahan Yeop Hitler dan Hashim Rejab dengan jalan cerita yang padat dengan gelagat dan keletah dari para bintang handalan.
Antaranya Delimawati, Nabila Razali , Naim Daniel, Kazaruddin, Yusif Hashim, Tamimi Siregar, dan ramai lagi.
Rombongan Cik Kiah ke AJL bermula apabila Cik Kiah menerima 10 tiket percuma untuk menghadiri pertandingan berprestij berkenaan lalu menganjurkan rombongan bersama penduduk kampungya.
Dibantu oleh anak lelaki Cik Kiah, Ali dan tunangnya, Mira, Cik Kiah perlu menguruskan sekumpulan orang kampung yang pelik dan sukar dikawal ketika mereka mengharungi pelbagai cabaran untuk ke lokasi AJL.
Muat turun aplikasi tonton di Google Play atau App Store untuk menonton Rombongan Cik Kiah ke AJL
AJL adalah pertandingan muzik tahunan yang popular di Malaysia, menampilkan gubahan muzik dan lirik terbaik yang mendapat undian terbanyak dalam rancangan Muzik-Muzik sepanjang tahun.
Kemudian, peserta yang mara ke separuh akhir, iaitu 12 lagu yang akan dicalonkan oleh panel hakim untuk menjadi pemenang Juara Lagu.
Tahun ini, anugerah berprestij AJL 37 akan berlangsung pada 12 Februari ini di Axiata Arena Bukit Jalil.
Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai filem kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram tonton iaitu @tontonmy dan gunakan tanda pagar #RCKkeAJL.
Layari laman web tonton atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store untuk menonton Rombongan Cik Kiah ke AJL.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!