Pekerja Gig Bakal Diwajibkan Untuk Mencarum Dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial

Perkara ini dilaksanakan bagi memeberi pengiktirafan kepada mereka dalam pasaran buruh berbanding sekadar kerja sampingan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via NSTP & FMT

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pekerja gig akan diwajibkan mencarum keselamatan sosial susulan penguatkuasaan Akta Pekerja Gig 2025 bermula Mac ini

Menerusi laporan Berita Harian, sistem syarikat platform pekerja-pekerja gig bakal dihubungkan secara automatik dengan sistem Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), menggantikan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) yang sebelum ini bersifat sukarela.

Sebelum ini, perlindungan keselamatan sosial bagi golongan terbabit adalah secara sukarela dan bergantung kepada platform tertentu, menyebabkan kadar penyertaan rendah dan merisikokan ramai pekerja memiliki pendapatan tidak menentu.

Bekas Menteri Sumber Manusia, Steven Sim baru-baru ini mengesahkan hanya 26 peratus daripada 1.16 juta pekerja gig di Malaysia mencarum melalui Lindung Kendiri, sebuah skim yang memberi perlindungan utama terhadap kecederaan pekerjaan.

SAYS.com

Gamabar sekadar hiasan.

Image via Bernama

Pelaksanaan menyeluruh menyokong usaha memperluas perlindungan sosial

Khususnya terhadap tenaga kerja tidak formal yang kini mewakili lebih 25 peratus daripada keseluruhan tenaga buruh.

Menurut Ketua Penasihat Teknikal dan Ketua Perkhidmatan Aktuari Serantau Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang berpangkalan di Bangkok, Simon Brimblecombe berkata langkah semasa kerajaan berada pada landasan tepat.

"Jika pekerja gig mempunyai skim (kecederaan) secara sukarela, mereka yang paling berisiko mengalami kemalangan atau kurang sihat akan lebih cenderung mendaftar, menjadikan skim itu kurang mampan. Oleh itu, penyertaan yang diwajibkan adalah langkah terbaik," katanya.

Beliau berkata, langkah itu juga akan memastikan penghantar e-hailing dan p-hailing, khususnya pengguna motosikal kebanyakannya golongan muda dan berkeluarga serta terdedah kepada risiko semasa bekerja akan dilindungi sekali gus dijangka memberi impak besar kepada kumpulan pekerja itu.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Yusof Mat Isa

Syarikat platform pekerjaan gig perlu bawa tanggungjawab yang telus terhadap pekerja

Pengarah Program Ekonomi, Perdagangan dan Integrasi Serantau Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Calvin Cheng berkata syarikat platform perlu memikul tanggungjawab lebih besar melalui caruman bersama.

"Platform tidak seharusnya hanya mendaftarkan pekerja bawah skim kecederaan, tetapi berkongsi kos pembiayaan perlindungan sosial.

"Mereka meraih keuntungan besar daripada tenaga kerja ini dan sekurang-kurangnya harus menanggung sebahagian risiko yang dihadapi pekerja," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: