Pekerja Perlu Isi Borang Pengecualian Untuk Berhenti Carum Lindung 24 Jam Perkeso
Dalam skim ini, majikan akan membuat bayaran kepada Perkeso bersama caruman bulanan lain seperti biasa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pekerja yang bercadang tidak meneruskan caruman Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (Lindung 24 Jam) dikehendaki isi borang pengecualian
Menerusi laporan Free Malaysia Today, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata borang itu akan tersedia secara dalam talian bermula Isnin hadapan.
"Kita ingin memastikan perkara ini dilaksanakan dengan sempurna. Maksudnya, sesiapa yang ingin keluar daripada skim ini perlu mengisi borang yang kita anggap sebagai perakuan pelepasan liabiliti," katanya.
Kerajaan baru-baru ini telah memutuskan caruman skim berkenaan diubah dilaksanakan secara sukarela dan bukan lagi mandatori berkuat kuasa serta-merta, namun ia kekal wajib bagi pekerja asing.
Keputusan menjadikan ia sukarela bagi pekerja tempatan dimuktamadkan dalam mesyuarat Kabinet selepas Perdana Menteri, Anwar Ibrahim membangkitkan maklum balas awam diterimanya berhubung pelaksanaan skim itu, kata jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil Rabu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Image via NSTP/Fathil AsriLindung 24 Jam dibiayai sepenuhnya oleh pekerja, berbeza dengan model tradisional Perkeso yang kebanyakannya dibiayai majikan
Kadar caruman bermula adalah 0.75% daripada gaji bulanan, meningkat kepada 1% pada tahun ketiga dan 1.25% masuk tahun keenam. Bagi pekerja dengan gaji antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan, jumlah caruman Perkeso adalah antara RM22.50 hingga RM37.50 sebulan, dipotong terus daripada gaji.
Azman memaklumkan tujuan pengisian borang pembatalan skim itu perlu dibuat supaya sebarang kemalangan pekerja di luar waktu bekerja tidak dituntut.
"Jika mereka memilih untuk tidak (teruskan), jadi bila ada perakuan pelepasan liabiliti ini, Perkeso ataupun majikan tidak akan bertanggungjawab.
"Jadi, maknanya kemalangan, kecederaan, kematian yang berlaku, jika luar waktu kemalangan, tidak akan ada sebarang perlindungan. Jangan nak salahkan Perkeso ataupun majikan selepas ini," katanya.
Lindung 24 Jam menawarkan perlindungan standard kepada semua pencarum tanpa mengira umur selagi mereka masih bekerja, berbanding manfaat yang berbeza mengikut terma polisi dan tahap perlindungan individu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via