Pelajar Perempuan Perlu Jalani Ujian Kehamilan Ditemani Guru Selepas Cuti Sekolah
Bagus juga bila buat macam ini, boleh cegah perkara tak sepatutnya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular mengenai pelajar perempuan di sekolah SMA Sulthan Baruna, Cikadu, Kabupaten Cianjur di Jawa Barat diarah menjalani ujian kehamilan di dalam tandas dengan ditemani guru
Menurut laporan Sinar Harian, perkara itu berpunca selepas guru di sekolah tersebut telah memuat naik video pelajar perempuan keluar masuk dari tandas sehingga mencetuskan dakwaan dalam kalangan netizen bahawa segelintir pelajar perempuannya hamil.
"Salah seorang guru kami membuat naik video tersebut di media sosial sehingga keadaan menjadi huru-hara," kata Pengetuanya.
Sebenarnya, berita tular yang didakwa itu tidak tepat
Menurutnya, ujian air kencing dijalankan pihak sekolah bukan bertujuan untuk kehamilan semata-mata, tetapi untuk mengesan penggunaan dadah dalam kalangan pelajar.
"Berita tular tidak tepat, ia memberi gambaran bahawa terdapat pelajar di sekolah kami yang hamil dan oleh itu perlu menjalani ujian kehamilan. Malah, ia hanya ujian air kencing, agenda rutin sekolah," jelasnya.
Difahamkan, kes kehamilan seorang pelajarnya pernah berlaku tiga tahun lalu dan ia telah diselesaikan dengan baik.
"Justeru, bagi mengelakkan ia terjadi lagi, kami meneruskan ujian air kencing sebagai langkah pencegahan selain mengawal pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan perempuan," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!