seismik

"Murid Orang Asli Mendonia!" - Raih Juara Dunia Di International Robot Olympiad Korea

Hebatnya, tahniah adik-adik!

Cover image via PPD PEKAN (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasukan murid Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Permatang Keledang, Pekan mencipta sejarah sebagai pemenang dalam pertandingan robotik 26th International Robot Olympiad yang berlangsung di Busan, Korea Selatan minggu lalu

Menerusi posting yang dikongsi di laman Facebook, mereka yang dikenali sebagai Matthew Jambai Karong, Fizrey Rovince Ronachai dan Hafiezie Azwanizizi daripada suku kaum Jakun itu muncul menjadi pemenang dalam Junior Creative Category at IRO yang diadakan pada 18 dan 19 Jan di Pusat Pameran dan Konvensyen Busan.

Menurut Guru Besar SK Permatang Keledang Ahmad Zaki Zainuddin, pencapaian pasukan pelajar itu amat membanggakan Orang Asli terutama yang bermastautin di Pekan.

"Pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian di peringkat dunia yang diperolehi oleh anak murid kami.

"Kami akan sentiasa memberikan sokongan penuh terhadap perkembangan pelajar agar menjadi teladan yang positif kepada generasi akan datang,” ujarnya dengan rasa bangga.

"Saya juga berterima kasih kepada guru yang membimbing iaitu Cikgu Mohd Zulkhairi Umar dan Cikgu Wan Rahmat Wan Ismail serta pihak Pahang Orang Asli Corporation (ORACO) yang telah menaja pasukan kami kali ini," katanya.

Difahamkan, ketiga-tiga mereka bukan sahaja bersaing dengan pasukan lain yang mewakili Malaysia dari Kelantan dan Johor tetapi juga pasukan dari 23 negara lain

Negara-negara tersebut termasuk Greece, Korea Selatan, China dan New Zealand dalam kategori itu, di mana mereka dikehendaki mencipta dan membentangkan penyelesaian robotik mereka.

Matthew menyifatkan perjalanannya dalam robotik sebagai perjalanan yang memuaskan dengan mengatakan dia mula mengembangkan minat apabila dia mula-mula meneroka asas-asas memasang komponen modular.

"Semakin lama, semangat saya bertambah apabila saya mula kerap menghadiri bengkel dan program. Kedua-duanya, bengkel Petrosains Tech4All dan program Cabaran RBTX Petrosains 2024 menjadi platform untuk saya meneroka robotik dan aplikasinya dalam kehidupan sebenar.

"Saya amat berbangga kerana diberi peluang untuk menyertai IRO. Impian saya adalah untuk menjadi seorang guru untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada orang lain dalam bidang robotik," katanya.

Lihat posting di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: