Pelajar Tingkatan Dua ‘Kantoi’ Curi RM749 Wang Jualan Di Kantin Sekolah

Difahamkan, perbuatannya itu dirakam melalui CCTV.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Sirap Limau

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pengusaha kantin sekolah berasrama terkejut selepas mendapati wang hasil jualan berjumlah RM749 hilang, sebelum rakaman kamera litar tertutup (CCTV) membawa kepada seorang pelajar tingkatan dua

Menurut laporan Harian Metro, kejadian itu disedari oleh pekerja pengusaha kantin berkenaan, Nur Liyana Abdul Khalid, 30, kira-kira jam 9.30 malam.

Menurut Nur Liyana, pekerjanya mendapati bungkusan yang mengandungi wang hasil jualan termasuk makanan bagi sesi petang telah hilang.

Semakan rakaman CCTV kemudian menunjukkan seorang pelajar lelaki yang memakai baju kurta kelabu, berseluar hitam dan berkopiah memanjat kaunter sebelum mengambil wang yang diletakkan bersebelahan peti duit.

SAYS.com
Image via Harian Metro

"Selepas berjaya mengesan pelajar itu, (ketika disoal) dia memaklumkan hanya mengambil RM5, namun selepas ditanya beberapa kali, dia mengaku mengambil RM749 seperti dalam rakaman CCTV.

"Pekerja saya kemudian meminta pelajar berkenaan memulangkan semula wang berkenaan namun hanya ada RM718, manakala RM31 lagi didakwa sudah digunakan untuk membayar hutang rakan,"
katanya.

Susulan kejadian itu, pekerja Nur Liyana membuat laporan polis untuk tindakan lanjut

Nur Liyana yang mengusahakan kantin sekolah berkenaan sejak 2024 berkata, dia pernah mengalami kehilangan wang jualan beberapa kali sebelum ini.

Walau bagaimanapun, tindakan tidak diambil kerana ketika itu tiada bukti yang mencukupi.

"Kejadian terbaharu ini mendorong saya mengambil tindakan tegas kerana berpandangan perkara ini (kecurian) tidak sepatutnya berlaku di sekolah," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut. Beliau berkata, siasatan kini masih dijalankan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via