seismik

Walau Tiada 'Basic Accounting', Pelajar UiTM Ini Cipta Sejarah Dapat Nombor 1 Dunia

UiTM makin lama makin hebat!

Cover image via Berita Harian

Kepada siapa-siapa yang selalu kata UiTM tiada kualiti mungkin dah boleh tutup mulut mulai sekarang

Image via nst.com.my

Sebab apa?

Baru-baru ini, seorang pelajar perakaunan dari Universiti Teknologi MARA {UiTM) telah berjaya memperoleh markah tertinggi di dunia dalam peperiksaan program perakaunan profesion sesi Julai-Disember 2019.

Wow, hebat betul!

Lagi hebat, pelajar ini langsung tiada ilmu asas perakaunan ketika di bangku sekolah menengah

Image via UiTM

Pelajar tersebut, Hakeem Mohammad Akmal, 18, mendapat markah 100 peratus untuk kertas ‘Recording Financial Transactions’ (FA1), sekali gus melayakkannya dianugerahkan gelaran tertinggi di Malaysia dan di dunia oleh badan profesional perakaunan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), yang berpangkalan di United Kingdom.

UiTM dalam satu kenyataan berkata, Hakeem yang juga pelajar Fakulti Perakaunan sebelum ini melanjutkan pengajian dalam program profesional perakaunan Certified Accounting Technician (CAT) di UiTM Shah Alam, sejak Julai 2019.

Hakeem sebelum ini mengambil aliran sains di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak dengan keputusan 9A SPM

Image via Berita Harian

Anak ketiga daripada lima beradik ini terus cemerlang dalam pengajiannya dengan mendapat skor tertinggi dalam peperiksaan FA1 meskipun tidak mempunyai pengetahuan asas dalam mata pelajaran perakaunan.

UiTM amat berbangga dengan pencapaian Hakeem di peringkat antarabangsa ini dan kejayaan itu membuktikan kesungguhan serta sokongan padu daripada pihak universiti dan rakyat Malaysia.

Sementara itu, Hakeem bersyukur kerana dikelilingi oleh rakan dan pensyarah yang sangat membantu walaupun beliau selalu mengajukan banyak pertanyaan

“Pensyarah yang mengajar subjek ini juga sangat membantu ketika dan selepas waktu kuliah. Saya yakin interaksi di antara pelajar dan pensyarah adalah sangat penting kerana ia akan menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan.

“Saya juga sama seperti orang lain melakukan aktiviti bersama rakan seperti menonton filem dan bersukan tetapi sentiasa meletakkan batasan dan memantau jadual aktiviti dan menyeimbangkannya dengan pelajaran,” katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

See, UiTM memang power!

You may be interested in: