Pelajar Wanita 19 Tahun Maut Dipercayai Dicekik Di Bilik Sewa, Teman Lelaki Kini Ditahan Polis

Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan mangsa.

Cover ImageCover image via Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pelajar wanita berusia 19 tahun ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah bilik sewa di Kuantan, Pahang, selepas disyaki berlaku perselisihan faham dengan teman lelakinya pada awal pagi Selasa

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.32 pagi daripada seorang lelaki yang memaklumkan berlaku pergaduhan antara dia dan teman wanitanya.

"Suspek yang juga berusia 19 tahun sendiri menghubungi pihak polis dan melaporkan berlaku pergaduhan antara dia dengan teman wanitanya itu.

"Setiba di lokasi, pihak polis menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas katil dalam sebuah bilik sewa di aras bawah rumah berkenaan,"
katanya.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Menurut Ashari, pemeriksaan Pakar Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) mendapati terdapat kesan tekanan pada bahagian leher mangsa dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan mangsa.

Susulan kejadian itu, lelaki berkenaan ditahan di lokasi untuk membantu siasatan

"Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan dan perintah reman selama tujuh hari diperoleh bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik HTAA untuk proses bedah siasat.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Dalam pada itu, Ashari menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berhubung kejadian kerana dikhuatiri boleh menjejaskan siasatan.

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berhubung kejadian kerana dikhuatiri boleh menjejaskan siasatan," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: