Pelakon Terkenal Siri Ted Lasso Kini Betul-Betul Jadi Pemain Bola Sepak Profesional
Cristo Fernandoz terkenal dengan watak Dani Rojas dalam siri televisyen Ted Lasso.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dua bulan selepas menandatangani kontrak dengan El Paso Locomotive, Cristo Fernández akhirnya membuat penampilan sulung profesionalnya di USL
Cristo Fernández, yang dikenali dengan watak penyerang Dani Rojas dalam siri televisyen popular Ted Lasso, membuat penampilan sulung bola sepak profesionalnya semasa perlawanan Piala USL 2026 melibatkan El Paso Locomotive menentang New Mexico United pada Sabtu lalu.
Pelakon dan pemain bola sepak berusia 35 tahun itu masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79 dalam perlawanan yang diadakan di Southwest University Park di El Paso, Texas.
Dengan memakai jersi No. 91, penampilan sulung profesional Fernández melihatkan El Paso tewas 2-0 kepada New Mexico United dalam perlawanan peringkat kumpulan.
Kemunculannya disifatkan sebagai impian yang telah lama dipegang oleh pelakon Mexico itu, di mana kerjaya bola sepaknya sendiri sebelum ini terganggu oleh kecederaan sebelum dia beralih kepada bidang lakonan.
Cristo telah menandatangani kontrak dengan El Paso Locomotive, sebuah pasukan divisyen kedua, dua bulan lalu
Fernández menghabiskan sebahagian daripada kerjaya bola sepak nya bersama Tecos di Mexico sebelum kecederaan pada awal usia 20-an menamatkan harapannya untuk menjadi pemain bola sepak profesional.
Memainkan watak Rojas sehingga menjadi salah satu watak paling popular dalam Ted Lasso, adalah hasil daripada kecintaannya yang tidak berbelah bahagi terhadap sukan ini, yang dijelmakan oleh slogannya yang tersendiri "fútbol is life".
Bercakap kepada ESPN pada Mei, Fernández berkata sukan itu kekal penting dalam hidupnya. "Bola sepak telah memberikan saya detik-detik terbaik dan juga detik-detik sedih. Saya rasa itulah sebabnya, bagi saya, bola sepak adalah kehidupan."
Selepas kembali berlatih tahun lepas, dia memperoleh percubaan dengan Chicago Fire II sebelum menunjukkan prestasi yang mengagumkan semasa percubaan berikutnya dengan El Paso, akhirnya membawa kepada kontrak profesional awal tahun ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via