seismik

Pelancong Terpaksa 'Kurung Diri' Sehari Disebabkan Upacara Dipanggil Nyepi Day Di Bali

Siapa yang keluar rumah akan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Cover image via @Miyabellsoz (X) & The Guardian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular seorang lelaki berkongsi pengalamannya semasa bercuti di Bali

Lelaki tersebut difahamkan sedang bercuti di Bali. Namun, dia telah ditahan oleh pihak hotel sebelum check-out kerana adanya upacara Nyepi Day di Bali.

Semasa upacara itu dijalankan, penduduk di Bali termasuk pelancong dilarang untuk keluar daripada kawasan. Mereka perlu duduk di rumah saja.

"Depan hotel aku je ni, salah timing mat aku bercuti ni haha sebab harini dorang ada perarakan ogoh ogoh and esok “nyepi day”. Nyepi day is bali new year and EVERYONE is not allowed to go outside tak kisah agama kau apa. Kalau keluar akan kena saman dengan polis. Ada dalam law." tulisnya.

"Rugi satu hari aku bercuti woii hahaha baru tahu sebab agoda suruh aku extend stay. Supposedly esok check-out area ubud and nak check-in area uluwatu. So tak boleh buat tu sebab tak boleh keluar. Orang hotel pun tak bagi keluar." tulisnya. 

Bali sambut hari tahun baru yang dikenali 'Nyepi Day'

Bali menyambut “Festival Tahun Baru” dalam keadaan sunyi dan sepi. Nyepi adalah hari sunyi, berpuasa dan muhasabah diri untuk penduduk tempatan Bali. Walau bagaimanapun, terdapat 4 peraturan yang perlu dikuti semua orang. 

  • Tiada cahaya atau api bahkan kuasa elektrik (Amati geni).
  • Sebarang aktiviti pekerjaan tidak dibenarkan (Amati karya).
  • Tiada aktiviti pelancongan. Lapangan terbang dan semua kedai ditutup pada hari tersebut (Amati lelunganan).
  • Lelanguan: Tiada hiburan dan semua orang wajib berpuasa.

Image via Medium

Sehari sebelum hari Nyepi, akan ada perarakan Ogoh-Ogoh

Ogoh-Ogoh merupakan tugu buatan manusia sebagai simbol raksasa atau makhluk jahat. Festival tersebut akan diadakan malam sebelum Nyepi sehingga keesokan pagi Nyepi.

Selepas itu, mereka akan membakar Ogoh-Ogoh dan menjerit sekuat hati untuk menakutkan dan ‘menghalau’ makhluk jahat. Walau bagaimanapun, di sesetengah tempat di Bali mereka akan menjual Ogoh-Ogoh kepada masyarakat setempat.

Setiap penduduk wajib menyimpan bekalan makanan kerana semua restoran ditutup lebih awal dari biasa.

Jangan lupa kalau nak travel Bali elak Hari Nyepi!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: