seismik

Arwah Ibu Pernah Kena Sihir Sebab Jual Nasi Lemak Laku Setiap Hari - "Orang Dengki"

Allahu, minta dijauhkan.

Cover image via Yahoo & Cari Internet

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, jika ingin menceburi bidang perniagaan sudah tentu banyak cabaran dan saingan

Iyalah, semua peniaga akan menghadapi masalah peniaga lain menjual barangan yang sama. Namun, jika percaya rezeki itu datang daripada Allah SWT, kita tidak akan rasa terancam dan sentiasa bersaing dalam keadaan sihat. 

Baru-baru ini, tular sebuah posting yang memaparkan seorang individu meluahkan rasa sedih kerana ibunya terkena sihir akibat jualan yang laris.

Difahamkan, mereka sekeluarga telah kehilangan ayah sejak kecil lagi. Oleh sebab itu, ibunya menjual nasi lemak di tepi jalan untuk menyara keluarga.

Pada awalnya, arwah ibu tak jual banyak cuma 10 hingga 50 bungkus setiap hari. Jualannya memang laku dan habis tak sampai sejam sebab sedap.

Pernah satu ketika ibunya menerima tempahan sehingga 1,000 bungkus dari masjid untuk diinfakkan. Mereka sekeluarga rasa seronok buat nasi lemak sehingga malam.

"Selang seminggu, masjid taman lain pula tempah 1,500 dan ada juga tempah untuk majlis dekat sekolah. Ibu pandang i dan cakap rezeki ibu ni. Tak apa, kakak ada lagi dekat sini. Kita buat sama-sama ya" tulisnya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Carousell

Berganda-ganda Tuhan beri rezeki sehinggakan mereka tak cukup tangan

Anaknya pada ketika itu terpaksa jaga gerai nasi lemak seroang diri supaya pelanggan tak lupa ibu masih jual nasi lemak. 

Tempahan masih berjalan tetapi pada malam itu, ibunya muntah darah dan ada benda logam keluar dari mulutnya. 

Selepas dipaksa ke hospital, ibunya masih enggan dan berniat untuk berehat di rumah saja. 

"Kami berjumpa dengan seorang ustaz dan bawa dia balik ke rumah. Dia cakap ibu terkena sihir dan orang yang sihir ibu memang dengki dan nak ibu mati" tulisnya. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan

Genap empat bulan menderita, ibunya menghembuskan nafas terakhir

Walaupun pelbagai rawatan dan ikhtiar telah dilakukan, namun mereka gagal untuk selamatkan ibunya. Sehinggakan hari ini, dia dan adik-beradik masih tertanya-tanya kenapa orang sanggup buat ibu mereka macam tu. 

"Berniaga apa kita nak berniaga, jangan lah kita sakiti sesiapa, balasan Tuhan lagi besar" tulisnya. 

Lihat posting itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: