seismik

Tak Berniat 'Lucahkan' Baju, Ini Jawapan Pereka Fesyen Tentang Baju Melayu See Through

Korang nak beli tak baju ni?

Cover image via @nona.my (TikTok) & @majalahwanita (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Arma Couture baru saja selesai mengadakan pertunjukan fesyen koleksi baju rayanya baru-baru ini

Namun, ramai yang tertumpu pada satu rekaan baju Melayu yang unik dan menarik perhatian. Baju itu diperbuat daripada kain yang sangat nipis.

Apabila model mengenakan pakaian tersebut di pertunjukan fesyen, dapat dilihat baju tersebut menampakkan badannya. Perkara itu mengundang kecaman daripada orang ramai kerana sangat menjolok mata. 

Pakaian itu juga tidak elok dipakai ketika tibanya hari raya Aidilfitri. 

Image via Arma Couture

Dikatakan sesuai dengan cuaca Malaysia yang panas

Pereka fesyen yang dikenali sebagai Arma menjelaskan mengapa dia mereka baju yang sedemikian. 

"Kalau nak lebih sopan, boleh je pakai singlet. Tapi baju Melayu tu sebenarnya sesuai dengan cuaca negara kita.

"Tapi Arma tidak melucahkan, cuma inovasi penggunaan material. Sebenarnya boleh je request ada lining, sebab seluar memang ada lining" katanya. 

Ada yang berminat nak beli tak?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: