Netizen Geram Sampai Nak Boikot Jenama Baju Sebab Bad Marketing - "Tak Ada Perasaan Ke?"
Tak sensitif betul.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular video penggambaran koleksi baju raya sebuah jenama lokal
Rakaman video itu menunjukkan Marissa dan Aslam sedang menggayakan baju raya koleksi tahun ini.
Pasangan itu sedondon menggayakan busana warna hitam dan dilihat tidak kekok bergandingan di depan kamera.
Dapat dilihat Marissa juga siap membetulkan butang yang ada di baju Aslam.
Umisya isteri pertama juga dipanggil sebagai model oleh jenama itu
Misya meluahkan rasa kecewa kerana tidak terfikir peniaga akan melakukan teknik pemasaran sebegitu.
Sewaktu penggambarannya, Aslam dan Marissa tiada di tempat kejadian. Dia juga menerima tawaran kerja itu tanpa pengetahuan adanya Aslam dan Marissa.
Bila sampai di penggambaran, posting Aslam dan Marissa telah dimuat naik oleh jenama di media sosial. Apabila Misya tahu, dia tidak boleh melakukan apa-apa kerana bayaran telah pun diterima.
"Misya faham peniaga-peniaga semua ada macam-macam cara untuk marketing. Cuma tak pernah terfikir akan sampai macam ni. Nak pula tentang sensitiviti sekeliling dengan situasi sekarang dan untuk semua pihak. Moga Allah lindung kita."
"Malay entreprenuer punya ketaksuban dengan "bad marketing is still a marketing" perlu dipelajari" - Netizen
Rata-rata netizen turut geram dan tidak berpuas hati dengan tindakan jenama 'menunggang' kesedihan orang lain dan dijadikan sebagai teknik pemasaran.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!