seismik

Dihina Muka Kurap & Busuk, Wanita Tergamak Santau Rakan Kelas Sehingga Sakit

Kisah dendam sampai hujung nyawa.

Cover image via darussyifa' & The Asian Parent

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bergurau senda dengan rakan-rakan sudah menjadi kebiasaan bagi kita

Namun, tak semua orang boleh menerima dengan hati yang terbuka. Ada yang tidak kisah dengan gurauan, ada juga yang akan makan hati sehingga tidak puas hati. Sesebuah gurauan itu juga tidak boleh melampau sehingga menghina orang. 

Baru-baru ini, tular sebuah confession di laman X yang memaparkan seorang wanita berkongsi kisah dendam terhadap rakan kelasnya. 

Seorang wanita bernama Alia yang merupakan guru di Johor berkongsi agar kisahnya dijadikan pengajaran orang ramai. Semasa dia berada di universiti, seorang rakan kelas bernama Farid selalu bergurau senda sehingga menghina dirinya. 

"Dia hina aku muka kurap, kurus macam mumia, muka tak cantik, muka busuk depan orang ramai tanpa segan silu dia kata aku macam-macam. 5 semester aku menderita disebabkan dia. Setiap hari balik bilik aku menangis" tulisnya. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via AtMaGo

Dah lama bersabar, namun tiada apa yang berubah

Wanita itu siap mendoakan agar Farid mati dilanggar kereta. Lebih mengejutkan lagi adalah apabila wanita itu berjumpa dengan bomoh untuk santau lelaki itu. 

Santau berkenaan menjadi kerana lelaki itu menderita, dia mengalami sakit badan dan susut. 

"Aku gembira lihat dia menderita" tulisnya. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Majoriti

Selepas beberapa tahun, wanita itu akhirnya telah berbahagia dengan suami

"Hidup aku lebih bahagia bersama suami, dulu kena keji hari ini dipuji suami dengan kecantikan aku" tulisnya.

Namun, dalam mengecapi kebahagiaannya, dia sering diganggu oleh makhluk halus.  Walau bagaimanapun, dia masih tidak boleh memaafkan Farid sehingga kini.

"Aku sedar aku berdosa dengan Tuhan tapi dalam masa yang sama aku tak boleh terima apa yang aku terima. Dendam aku belum habis selagi dia belum mati." tulisnya.

Image via GIPHY

Bahaya, sebab itu orang selalu pesan jaga mulut jangan sakitkan hati orang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: