Netizen Persoal Mak Ayah Kenapa Bawa Anak-Anak Ke Kafe Hantu - "Kesian Jadi Trauma Dia"
Takut anak-anak trauma.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kafe yang berkonsepkan misteri dan suasana seram telah lama tular
Tidak dinafikan ramai yang ingin pergi ke kafe tersebut untuk merasai suasana ngerinya itu sendiri. Namun, kadangkala tak semua orang akan berani untuk mencabar diri.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman X yang memaparkan sebuah keluarga sedang berada di kafe hantu untuk menjamu selera.
Namun, datang seorang staf yang memakai kostum hantu itu mengejutkan seorang kanak-kanak di situ. Budak perempuan itu dilihat ketakutan sehingga meraung-raung. Ibunya di situ bertindak terus memeluk anak-anaknya.
"Dah tahu anak tu penakut lagi bawak tempat makan macam ni" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 911.3K views, 1K reposts dan 3K likes di X, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut merupakan komen netizen di X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!