"Sentuh Payudara" - Doktor Didakwa Hasilkan Pornografi Terhadap 6 Pesakit Kanak-Kanak
Lelaki itu didakwa tujuh pertuduhan melakukan amang seksual terhadap pesakit kanak-kanak perempuan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang doktor perubatan di sebuah hospital kerajaan di Pahang dihadapkan ke mahkamah atas enam pertuduhan melakukan amang seksual terhadap pesakitnya
Menurut sumber, Dr Anas Ramli, 32, berasal dari Chukai, Kemaman mengaku tidak bersalah dan meminta untuk kes itu dibicarakan semula.
Tertuduh berdepan dengan lima pertuduhan iaitu menghasilkan pornografi kanak-kanak dalam bentuk gambar terhadap kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Kejadian itu berlaku di wad yang sama pada waktu berasingan iaitu pada hujung Disember 2022 hingga Februari 2023.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (AKKSTKK) yang dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta yang sama.
Bukan setakat itu, dia juga didakwa sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap pesakit kanak-kanak
Dr Anas didakwa menyentuh payudara kanak-kanak berusia 12 tahun di sebuah bilik rawatan di hospital sama.
Bagi kesalahan itu, tertuduh yang baru berkhidmat selama empat tahun itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) AKKSTKK 2017 dibaca bersama Seksyen 16(1) akta yang sama.
Tertuduh juga didakwa memiliki gambar lucah yang disimpan dalammtelefon bimbitnya pada 1 November 2022.
Bagi pertuduhan itu tertuduh turut mengaku tidak bersalah dan didakwa dibawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun dengan denda atau kedua-duanya.
Mahkamah Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin dengan syarat tertuduh tidak boleh mendekati dan menggangu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!