seismik

Malaysia Dinobat Sebagai Negara Yang Ke-5 Paling Bahagia Di Dunia

Nampaknya, rakyat Malaysia memang happy ya!

Cover image via Britanicca & Adobe Stock

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.



Baru-baru ini, Malaysia telah dinobatkan sebagai negara kelima bahagia di dunia

Perkara tersebut dilaporkan oleh The Global Mind Project yang bertajuk 'Mental State of the World'. Organisasi penyelidikan neurosains, Sapien Labs mengkaji selidik sebanyak lebih 400,000 orang di 71 buah negara. 

Kajian dijalankan telah menilai pelbagai aspek kesihatan mental peserta yang mempunyai skor daripada 'berkembang maju' sehingga 'tertekan'. Hasil kajian mendapati bahawa Malaysia mencapai skor 85 peratus.

Image via Lifestyle Asia

Berikut merupakan ranking negara paling bahagia dan paling tidak gembira di dunia:

Paling bahagia:

1. Dominican Republic

2. Sri Lanka

3. Tanzania

4. Panama

5. Malaysia

Paling tidak gembira:

1. Uzbekistan

2. UK

3. South Africa

4. Brazil

5. Tajikistan

Laporan juga mendapati bahawa kesejahteraan mental tetap pada tahap terendah selepas pandemik dengan tiada tanda pergerakan ke arah yang baik semasa tahap pra-pandemik.

"Pada tahun 2023, di peringkat global dan peringkat negara individu, skor MHQ kekal kebanyakannya tidak berubah berbanding dengan tahun 2021 dan 2022, selepas penurunan drastik semasa tahun-tahun pandemik.

"Ini menimbulkan soalan penting tentang impak berterusan pandemik, dan bagaimana perubahan dalam cara kita hidup dan bekerja, serta tabiat sedia ada seperti remote working, komunikasi dalam talian, pengambilan makanan ultra-terproses, penggunaan plastik secara kumulatif membawa kita ke dalam ruang kesejahteraan mental yang lebih lemah."

Sapien Labs juga menyimpulkan bahawa generasi yang lebih muda, khususnya yang berumur bawah 35 tahun, mengalami penurunan ketara dalam kesejahteraan mental semasa pandemik Covid-19 sementara orang yang berumur lebih dari 65 tahun kekal stabil.

"Dengan penurunan yang berterusan ini dalam kalangan semua kumpulan umur, pandemik telah mengakibatkan kesejahteraan mental yang lebih lemah untuk generasi yang lebih muda.

"Seperti dalam tahun-tahun sebelumnya, beberapa negara Afrika dan Amerika Latin mendominasi ranking negara, sementara negara-negara kaya dalam Core Anglosfera seperti United Kingdom dan Australia berada di bahagian bawah." menurut laporan Sapien Labs.

Ini menunjukkan corak kekayaan dan pembangunan ekonomi yang lebih besar tak semestinya membawa kepada kesejahteraan mental yang lebih baik.

Jaga kesihatan mental semua!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: