Pelantikan Siti Nurhaliza Sebagai 'Pakar UMCCed' Cetus Perdebatan Ramai Di Media Sosial
Untuk rekod, UMCCed adalah singkatan bagi Universiti Malaya Centre for Continuing Education.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penyanyi terkenal nombor satu Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza atau lebih dikenali sebagai TokTi kini sedang hangat menjadi bualan warganet di media sosial
Ia susulan tular sebuah poster mengenai pelantikan beliau sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan atau Universiti Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed).
Poster berkenaan menerima kecaman beberapa warganet yang beranggapan tidak bersesuaian apabila gelaran itu diberikan kepada Tokti susulan dikatakan beliau tidak memiliki akademik yang tinggi.
Ekoran itu, warganet di media sosial 'berperang mulut' tentang pelantikan TokTi yang dibuat oleh pihak UMCCed sebagai Pakar di Pusat Pendidikan Berterusan untuk selama dua tahun.
"Atas dasar dan kelulusan apa beliau di lantik sebagai PAKAR di UM" - tulis @KlutzyKucing, pemilik akaun X
Menerusi hantaran seorang pengguna di X, dia mempersoalkan kelayakan dan kelulusan yang dimiliki oleh Dato’ Sri Siti Nuhaliza sehingga dilantik menjadi pakar di universiti terkemuka berkenaan.
Dalam pada itu, ada warganet yang lain juga menegaskan bahawa soalan tersebut adalah ‘legit’ untuk rakyat Malaysia tahu. Memandangkan TokTi mempunyai jutaan peminat di tanah air sendiri.
Pelantikan TokTi tersebut juga mengundang perdebatan warganet di media sosial. Ada juga yang menegaskan bahawa mengambil kira pengalaman TokTi dalam bidang muzik, memang dah boleh digelar pakar. Dia juga memiliki pengalaman yang sangat luas dalam bidang seni persembahan.
Walau bagaimanapun, seorang pengguna X tampil memberikan penjelasan bahawa TokTi sebenarnya ditempatkan dalam bidang muzik kerana itu adalah kepakarannya.
Jelasnya lagi, dengan pencapaian dan kepakaran Siti Nurhaliza dalam bidang vokal sudah tentunya beliau dianggap sangat layak untuk dilantik sebagai pakar oleh pihak UMCCed dalam bidang berkenaan.
"Sindiran ke atas TokTi dianggap sebagai tidak berasas kerana konsep UMCCed adalah pembelajaran sepanjang hayat" - tulis Dima Mazlina Abu Bakri, pengguna di Facebook
Dima Mazlina tampil menentang pendapat negatif segelintir warganet yang berasa bahawa gelaran itu seolah-olah akan merendahkan martabat Universiti Malaya (UM).
"Terbacalah kata-kata sindiran yang kononnya merendahkan martabat UM. Tokti pakar apa? Pakar nyanyian sahaja yang boleh, kata mereka.
"Tahulah UM ni nama besar dalam pendidikan. Tahulah bukan calang-calang orang boleh masuk dan belajar di situ.
"Namun, sebelum memberikan komen, tengok dulu tempat mana yang dinyatakan," katanya.
Jelas Dima Mazlina lagi, gelaran pakar itu sebenarnya diberikan oleh Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya atau nama singkatannya, UMCCed.
"Dah terang-terang tulis di bahagian bawah UMCCed," katanya.
Menceritakan pengalaman lama, Dima Mazlina memberitahu UMCCed ialah pusat pendidikan berterusan yang diasaskan oleh Universiti Malaya, salah satu universiti terkemuka di Malaysia.
"UMCced ini macam anak UM tetapi swasta, berbayar. "Aku pernah mendapatkan bahan untuk kajian PhD aku di UMCced ini. Perpustakaannya besar dan buku banyak," kongsinya.
Dima Mazlina turut berharap agar netizen bersikap adil dengan semua pihak untuk memperoleh sesuatu gelaran.
"Bukan sebab aku peminat penyanyi nombor satu Malaysia ini, tetapi cuba berlaku adillah kepada sesiapa sahaja," ujarnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!