"Tolong Kekalkan Sebulan Dua" - Ramai Terpegun Lihat TokTi Sampaikan Info Cuaca Di TV Ini
Pandai TokTi.
Kebiasaannya di dalam sebuah berita, pasti ada seseorang yang akan menyampaikan info cuaca terkini
Ia bagi membuat persediaan jika berlaku bencana yang tidak diingini. Ia juga bagus untuk anda tahu jika anda bercadang melakukan aktiviti di luar.
Namun, kemunculan Datuk Seri Siti Nurhaliza menyampaikan laporan cuaca di YouTube Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) yang turut disiarkan saluran Berita RTM ternyata telah menarik perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Ramai terpegun tengok, lancar sampaikan berita
Menerusi video tersebut, kelihatan TokTi yang mengenakan sut rona hitam tampak bersahaja dan yakin ketika menyampaikan laporan kaji cuaca seluruh negara.
Ia juga secara tidak langsung telah memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang keadaan cuaca dan pentingnya menjaga diri ketika berlaku bencana alam.
Beliau juga turut memuat naik hantaran ke Instagram mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta MetMalaysia atas undangan menjadi penyampai itu.
"Kolaborasi itu diharap dapat mengalakkan orang ramai mengikuti keadaan cuaca, dan bertindak mengikut nasihat berkaitan risiko bencana seperti banjir, angin kencang dan laut bergelora," tulisnya.
Lihat posting itu di bawah:
"TokTi ni kalau buat sesuatu memang dengan penuh disiplin. Berlatih bersungguh-sungguh tak tersasul pun" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi positif mereka kepada penyanyi nombor satu negara itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 256K views, 18.5K likes dan 819 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!