seismik

[VIDEO] "Tak Jemu Tengok" - Tok Ti Puji Kumpulan Remaja Ini Kreatif Menari Guna Lagunya

Gabungan dua negara.

Cover image via @ctdk (Instagram)

Siapa je yang tidak kenal dengan penyanyi nombor satu negara Dato' Sri Siti Nurhaliza bukan?

Nama beliau sudah dikenali sejak dulu lagi dalam industri hiburan tanah air, malah termasuk di beberapa luar negara.

Manja disapa dengan panggilan Tok Ti, beliau telah memiliki banyak lagu popular yang sehingga kini sering diputarkan di corong-corong radio.

Baru-baru ini Tok Ti telah berkongsi semula satu video tarian yang memaparkan sekumpulan remaja menari menggunakan lagunya di laman Instagram.

Kumpulan remaja kreatif buat tarian menggunakan lagu Tok Ti

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan remaja sedang melakukan tarian dengan menggunakan lagu latar belakangnya daripada Tok Ti sendiri.

Bukan itu saja, melodi lagu tersebut turut diubah bersama tarian mereka. Ia kemudiannya dikongsikan semula oleh Tok Ti di laman Instagram miliknya.

Lihat video penuh itu di bawah:

"Bukti dua negara ada intimate relationship. Beres" - Warganet

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut terpukau dengan tarian yang ditunjukkan oleh kumpulan remaja tersebut.

Malah, ada yang menganggap melodi yang diubahsuai juga sangat kreatif dan kena dengan tariannya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 641.2K views, 65.5K likes dan 705 comments.

Berikut di bawah adalah komen-komen menarik daripada warganet di Instagram:

Memang kreatif pun tarian dengan melodi lagu itu. Tak jemu dengar banyak kali :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: