Peminat Dari Nigeria Ini Sebak & Terharu Bila Tahu Tok Ti Repost Video Reaksi Miliknya
Cuba bayangkan perasaan bila Tok Ti sendiri yang repost video milik anda.
Siapa je yang tak kenal Datuk Seri Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu di Malaysia, malah turut juga dikenali di pentas antarabangsa
Baru-baru ini Siti Nurhaliza telah melancarkan single terbaru muzik videonya bertajuk Siapa Tak Mahu yang kini sudah mencapai lebih 1 juta tontonan di Youtube.
Pelancaran muzik video tersebut membuatkan ramai peminat dari dalam dan luar negara teruja untuk menontonnya. Ada di antara mereka juga membuat reaksi terhadap MV itu.
Alangkah gembiranya perasaan bila dapat tahu video reaksi itu di repost oleh Tok Ti sendiri di Instagram milik beliau.
Begitulah perasaan seorang peminat Tok Ti dari Nigeria apabila video reaksi miliknya telah di repost oleh Tok Ti di Instagram beliau.
Menangis bila melihat Tok Ti sendiri post videonya di Instagram beliau
Wanita yang dikenali sebagai Clevy Umoh itu sangat terharu sehingga menitiskan air mata sebaik mengetahui videonya itu di repost oleh penyanyi nombor satu negara berkenaan.
Dalam posting yang sama , Tok Ti juga menulis beliau sangat seronok melihat orang dari luar negara turut memberi reaksi mereka terhadap lagu tersebut.
Walaupun berbeza bahasa tetapi beliau yakin bahawa muzik mampu menyatukan semua orang.
Sementara itu, Clevy juga tidak berhenti-henti menangis sambil mengucapkan terima kasih kepada penontonnya kerana telah mencadangkan untuk dia melalukan video reaksi tersebut.
Lihat video penuh ini di bawah:
Dalam pada itu, Clevy turut mendapat kata-kata pujian dan tahniah di ruangan komen YouTube miliknya kerana berjaya mendapat perhatian penyanyi nombor satu negara berkenaan