seismik

Dinamakan Kluster Auto Oleh KKM, 49 Kakitangan Proton Di Shah Alam Sah Positif Covid-19!

Syarikat itu akan terus mengikuti semua garis panduan dan prosedur yang disyorkan.

Cover image via The Edge Markets & Berita Harian

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) memaklumkan sebanyak 49 lagi kes positif COVID-19 dikesan setakat ini selepas mengumumkan seorang warga kerjanya disahkan positif pada 14 Oktober lepas

Proton dalam satu kenyataan memberitahu semua pekerja yang terlibat daripada bahagian kejuruteraan dan kes mereka sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Menurut mereka, buat masa ini semua pekerja yang tidak perlu hadir secara fizikal di kilang Proton Shah Alam telah diarahkan untuk bekerja dari rumah.

"Aktiviti pengesanan kontak sedang dijalankan dan pasukan khas COVID-19 akan memantau situasi terkini secara terperinci.

"Pihak syarikat akan terus mengikuti langkah-langkah pembasmian yang disyorkan sambil mengambil tindakan yang lebih ketat untuk mengurangkan penularan wabak ini,” katanya.

Image via Astro Awani

Pembasmian nyahkuman akan dilakukan setiap jam

Menurut kenyataan itu lagi, syarikat berkenaan akan terus mengikuti semua garis panduan dan prosedur yang disyorkan dengan ketat seperti yang diamalkan sejak Covid-19 menular.

“Semua pekerja yang berhadapan dengan pelanggan perlu mengikuti langkah keselamatan dan Pusat Servis Kecemerlangan (COSE) serta bilik pameran Crystal melakukan pembasmian kuman pada setiap jam"

"Proton juga bekerja rapat dengan pihak berkuasa yang telah memberikan panduan kepada syarikat berkaitan dengan semua proses dan mereka juga berpuas hati dengan tindakan yang telah diambil buat masa ini,” ujarnya.

Pada minggu lalu, Proton telah mengesahkan seorang pekerjanya yang bertugas di bahagian Penyelidikan dan Pembangunan di Shah Alam disahkan positif Covid-19. Namun, dia sudah pun dihantar ke pusat rawatan kerajaan selepas keputusan positif itu diketahui.

Sementara itu, Proton yakin risiko penyebaran ke pihak luaran adalah rendah kerana tidak melibatkan pihak pelanggan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: