[VIDEO] "Sedihnya Tengok" - Ibu Punggah Sampah Bawa Tiga Anak Buat Netizen Sebak
Dia bawa anak lagi tu.
Kehidupan seseorang pastinya telah ditentukan dengan cara yang berbeza-beza, ada yang hidup senang dan ada yang sebaliknya
Ia mengingatkan kita untuk terus bersyukur dengan apa yang dimiliki pada hari ini kerana bukan semua orang bernasib baik.
Jika kita merasakan diri kita susah, pandanglah sekeliling kerana masih ramai lagi di luar sana yang memerlukan bantuan.
Seperti video yang tular di laman Twitter baru-baru ini yang memaparkan seorang ibu memunggah sampah sambil ditemani anak-anaknya untuk meneruskan hidup.
Ibu punggah sampah sambil bawa anak untuk meneruskan kehidupan
Menerusi video tersebut, sepasang suami isteri telah merakam seorang wanita semasa itu yang sedang memunggah sampah sambil ditemani oleh anak-anaknya.
Kejadian itu berlaku di Tumpat, Kelantan kerana seperti kedengaran dialek pantai timur. Melihat kejadian itu, lelaki itu turun lalu menghulurkan sejumlah wang kepada wanita tersebut dan memesannya untuk membeli makanan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selepas video tersebut tular, ramai yang turut memberikan sumbangan
Namun selepas video tersebut tular di laman sosial, ramai yang tampil memberikan bantuan dan sumbangan kepada wanita berkenaan.
Malah, ada juga yang ingin memberikan sumbangan secara online kepadanya dan keluarga.
Lihat perkongsian penuh tersebut di bawah:
"Sedihnya. Mulia hati adik yang beri sumbangan tu" - Netizen
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut merasa sedih melihat video wanita berkenaan. Malah, ada yang menganggap inilah realiti kehidupan sebenar pada masa kini yang berlaku di dalam negara tanpa kita semua sedar.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 676.6K views, 16.3K retweets dan 14.4K likes.