[VIDEO] Lima Tahun Tunggu Nak Dapat Anak, Tapi Suami Pula Blur Tengok 'Pregnancy Test'
Penantian yang penuh bermakna.
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mahukan zuriat sendiri untuk menyerikan lagi kehidupan dalam rumah tangga
Anak adalah kurniaan daripada Tuhan yang paling berharga buat setiap ibu bapa di dunia.
Namun, siapalah kita untuk menentukan bilakah masanya untuk kita mendapatkan zuriat. Ada yang diuji dengan pemberian awal tetapi ada juga yang diuji selepas bertahun-tahun kahwin.
Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila si isteri merakam momen manis dengan memberikan pregnancy test kepada suaminya setelah lima tahun menunggu untuk mendapatkan anak.
5 tahun tunggu dapat anak, tapi suami tak faham tengok pregnancy test
Menerusi video tersebut, kelihatan si isteri memberikan pregnancy test kepada si suami selepas mendapat tahu dia mengandung.
Namun, si suami pula kelihatan seperti blur dan tidak tahu apa yang sedang terjadi ketika si isteri memberikan pregnancy test itu.
Malah, dia juga tidak pandai melihat pregnancy test tersebut kerana sebelum ini isterinya membuang jika keputusan ialah negatif.
Apa yang lebih menyentuh hati ialah si isteri memaklumkan bahawa dirinya sedang hamil dan membuatkan air mata lelaki itu jatuh mendengar berita gembira tersebut.
"Ya, itulah lelaki, di luar keras tetapi di dalam lembut. Tahniah bang!" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut terharu melihat momen gembira berkenaan.
Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama mereka untuk menunggu cahaya mata.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 445.7K likes, 26.3K comments dan 3221 shares.
Berikut adalah antara komen-komen menarik warganet di TikTok: